Perkembangan minda dan jiwa manusia
Perkembangan minda dan jiwa manusia
An-Nahl 16:78
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.
Tidak tahu sesuatu, tapi Allah tidak terus beri "tahu", tapi beri pendengaran, penglihatan dan hati. Tiga perkara ini perlu untuk tahu. Tapi matlamat akhir bukan hanya "tahu" tapi untuk bersyukur.
Tempoh hingga umur lima hingga tujuh tahun baru mumayiz, baru boleh beza kiri-kanan dan baik-buruk.
Kemudian ambil masa lagi hingga umur lima belas tahun baru dikira mukallaf. Boleh pegang tanggung jawab. Baru boleh ditanya berkenaan bersyukur.
Tiga perkara ini, mengambil masa belasan tahun sebelum boleh diambil tanggungan "bersyukur". Walaupun manusia sudah banyak tahu selepas mumayiz, dia masih belum dikira mukallaf.
Perkembangan jiwa dan mental manusia memerlukan masa. Sebelum mumayiz, manusia tak punyai ingatan jangka panjang. Sebelum mukallaf, manusia tak pikul tanggung jawab. Yang menanggung ialah penjaganya, seperti ibu bapa. Kalau mereka dihantar ke sekolah penjaganya ialah cikgunya.
Perkara penting ialah tiga perkara yang mesti terjaga selama untuk bersyukur. Dan kerana bersyukur adalah berterusan sampat mati, maka tiga perkara itu perlulah dijaga selama-lamanya.
Jika pendengaran, penglihatan dan hati bermasalah, maka jadi masalah juga untuk tahu dan masalah untuk bersyukur.
Dari kebiasaan pengalaman manusia, orang matang dewasa, kira-kiranya umur 40 tahun. Yang mula mukallaf pun mungkin hanya tahap minima. Umur 16 hingga 18 tahun pun ada yang masih belum dapat menanggapi nilai dalam struktur. Contohnya apabila diberitahu manusia terdiri dari beberapa kilogram air, karbon dan lain-lain unsur yang bernilai beberapa ringgit sahaja, mereka terasa rendahnya nilai manusia. Tapi ini sudah cukup untuk rasa bersyukur.
Secara mental, kanak-kanak belum mukallaf tidak diberi dan tidak menanggung dan tidak diminta jawab, adalah kerana mereka belum boleh memahami perkara abstrak atau konsep-konsep dalam kehidupan. Belum mengerti struktur dalam masyarakat. Belum mampu fikir mendalam. Belum terbentuk keperibadian tersendiri. Yang penting untuk bertanggungjawab.
Tanggungan mental kanak-kanak juga ditanggung oleh penjaganya. Contohnya penjaganya akan fikirkan untuknya makan minumnya, ubatan dan lain-lain. Tapi bila sudah masuk sekolah, tak patutlah penjaganya buat kerja sekolahnya. Mengajar berfikir jarang manusia buat. Biasa hanya secara tidak langsung. Yakni orang mengajarnya tidak pun berniat mengajar cara berfikir.
Paling penting dalam berfikir ialah cukup maklumat. Yakni pendengaran, penglihatan dan hati mesti sihat, tidak terganggu.
Sebagai perbandingan, bayi yang baru lahir sudah ada kaki, hampir setahun barulah boleh berjalan. Tapi pendengaran, penglihatan dan hati tidak membolehkan manusia dipertanggungjawabkan bersyukur hinggalah cukup umur, hampir 15 tahun.
Jadi fungsi mental mengambil masa yg lebih lama. Walaupun tidak perlu khusus mengajar bayi untuk berjalan, kesihatan kaki perlu dijaga supaya boleh berjalan.
Demikian juga kesihatan mental perlu dijaga supaya pendengaran, penglihatan dan hati boleh berfungsi, yakni berfikir.
Oleh kerana pemikiran adalah sesuatu yang terkumpul, maka apa yang dikumpulkan dalam fikiran adalah penting. Contohnya orang yang dibesarkan dalam bahasa melayu akan boleh faham berbahasa melayu. Melalui bahasa ini lah dia belajar memahami perkara lain dalam kehidupan.
Orang yg dibesarkan dalam Islam, akan menerima Islam dan menolak agama lain.
Jadi minda akan menghimpunkan perkara-perkara tertentu dan menolak perkara lain berdasarkan apa yang sudah terkumpul.
Tetapi jika yang sudah terkumpul dalam mindanya tidak sebenarnya, ia akan mengumpulkan perkara tidak benar juga selagi tidak dibuang.
Al-Isra' 17:36
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا
Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.
Ilmu itu didapati secara mendengar, melihat dan memerhati, seperti yang kita faham dari ayat An-Nahl tadi. Perlunya 3 perkara ini adalah kerana bukan semua yang didengar, dilihat atau diperhatikan boleh dierima. Ia perlu ditolak, dibuang atau dilupakan.
Ilmu itu apa yang manusia tahu, ianya tidak terhad apa yg dipelajari dari orang lain, seperti dikelas atau majlis pengajian. Contohnya mengenal manusia lain seperti kawan-kawan secara khusus tidak diajarkan di mana-mana tempat melainkan dari mendengar, melihat dan memerhati orang itu sendiri, menggunakan minda tersendiri.
Oleh kerana menggunakan minda matang mengambil masa, dalam keadaaan tertentu orang guna cara pintas seperti merujuk jadual, perkara yang sudah dihafal, atau minta orang lain fikirkan bagi pihaknya.
Kanak-kanak yang belum boleh berfikir matang, biasa menggunakan cara meminta penjaganya berfikir untuknya. Tidaklah membebankan sangat kerana kehendak mereka tidaklah besar. Tetapi cukup memeningkan bila tanggungjawab juga dipegang oleh penjaganya. Yakni baik-buruknya, senang-susahnya, belanja, usaha dan sebagainya.
Sebahagian dari pemikiran matang/mukalaf ialah seseorang sanggup menanggung semua tindakan dan kehendaknya. Jika ia tidak mampu, maka dengan sedar ia meminta bantuan orang lain, atau menangguhnya atau melupakannya. Berlainan dengan pemikiran kanak-kanak. Pemikirannya masih singkat, ia fikirkan kemahuan dan cara mudah tanpa mengira kemampuan diri. Biasalah cara menangis dan berguling atas lantai digunakan sebagai iktiarnya. "Kemampuan", "malu" adalah perkara konsep yang kanak-kanak belum fahami.
Demikian juga tanggunggan berkait dengan jati diri. Sebelum terbentuk perasaan jati diri, kanak-kanak menggantungkan banyak perkara berkenaan "diri sendiri" kepada penjaganya. Seperti "pemilikan", semua benda milik penjaganya adalah juga miliknya. Bergantung tahap mental dan umur adalah biasa kanak-kanak tidak ada konsep minta izin, kerana semua perkara miliknya. Lakukan saja.
Perkara-perkara konsep seperti "privasi", "masa", diajar secara tidak langsung seperti menjaga adab dan menghormati. Adab dan hormat tidak ada makna untuk orang yang rasa semua perkara miliknya.
Semua perkara ini secara perlahan berkembang seiring dengan sihatnya pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Penjaganya perlu lihat perkembangan kanak-kanak ini peka dengan keadaan dan orang sekitarnya.
Masalah boleh berlaku jika 3 perkara ini tidak berfungsi atau fungsinya tempang, tidak penuh. Tidak terhad zaman kanak-kanak. Jika kaki tak boleh berjalan kita katakan ada penyakit, begitulah jika menganggu pemikiran. Bagaimana "sombong" dikira satu penyakit mental. Kerana sombong menjadikan pemikiran tidak betul. Menjadikan orang tidak mendengar, tidak memandang dan tidak memerhatikan pihak yg dianggap rendah.
Nilai yang salah tertanam dalam hati juga boleh menyebabkan 3 perkara ini terganggu. Kanak-kanak tidak akan tahu nilai apakah yang tertanam sejak kecil hinggalah dia matang dan tahu agama. Orang yg dibesarkan dalam suasana orang mengatakan Islam itu pengganas, tidak benar, tentunya tidak mahu mendengar, melihat atau memerhatikan perkara berkaitan Islam. Orang yang dibesarkan dalam masyarakat yang saling tipu-menipu akan tertanam perasaan tidak percaya orang lain. Bahkan orang yang sudah dewasa pun bila terkepung dengan suasana tegang seperti ini pun boleh tertanam rasa tidak percayakan orang lain. Bahasa mudah sangka buruk. Contohnya bekas tentera perang dunia di barat, ada yang terkena PTSD. Post traumatic syndrom disorder. Walaupun perang dunia itu tidak lama, tapi perang ialah kemuncak tipu-menipu hingga nyawa pun jadi pertaruhan. Bila sudah ada sangka buruk, dia tak ada kemahuan untuk mendengar, melihat dan memerhati orang lain. Hubungan dengan orang lain jadi tidak elok. Mudah untuknya untuk berlepas diri, lari atau hidup sendirian.
Bermacam-macam nilai salah yang manusia dapat dalam masyarakat secara tidak sedar ketika kecil dan dewasa yang menyebabkan kurangnya mendengar, melihat dan memerhati.
Nilai berangkai seperti ingin cepat, kelebihan orang cepat, berlumba-lumba, pada dasarnya baik, selagi tidak menjadi gopoh. Tetapi batas antara kedua-duanya tidak jelas. Ini menyebabkan pendengaran, penglihatan dan pemerhatian jadi perkara yang dikesampingkan, sebab prosesnya lambat dan semuanya seperti tidak aktif. Orang ingin cepat, secara menghafal, sesuatu yang sudah difikirkan dahulu tidak mahu difikirkan semula. Cara begini sesuai untuk perkara "tidak hidup" ianya tidak berubah. Kita boleh hafal 4x2=8. Tapi kita masih perlu "melihat" jika ada perubahan. Sebab banyak perkara dalam kehidupan ada andaian yang tidak tertulis, tidak nampak, tidak terdengar. Perlu dengar, lihat dan perhatikan bahawa tidak ada perkara tersembunyi. Dan pertimbangkan andaian mana yg perlu digunakan secara sedar. 4x2=8 adalah pada kebiasaan orang gunakan dasar angka 10. Jika bukan 10 maka jawapannya berlainan. Cara menghafal sikap dan perangai manusia hidup adalah tidak sesuai.
Ingin cepat adalah dorongan yg kuat dalam kehidupan, tetapi tetap perlu dengar, lihat dan perhati setakat yang munasabah. Orang yang dalam kecemasan, contohnya dalam bangunan terbakar. Dia tetap perlu dengar, lihat dan perhatikan ke mana arah keluar dan arahan baru jika ada. Walaupun dia sudah hafal tempat keluar.
Dorongan ingin cepat boleh berlaku dalam banyak keadaan selain kecemasan. Berlumba dalam berbuat sesuatu, bermain, berlawan, berbahas, bercakap, berbalah. Bahkan bangga diri, menunjuk-nunjuk juga mahu cepat, sebab itu kelebihan.
Berbalik kepada ayat An-Nahl 78. Supaya kamu sentiasa bersyukur. Perkataan تشكرون katakerja kala sedang, berterusan. Bersukur adalah perbuatan melibatkan pihak lain. Maknanya bersyukur perlukan mendengar, melihat dan memerhati. Tanpanya kita akan jadi tidak tahu. Tidak tahu tidak kenal pihak untuk bersyukur tentunya tak boleh bersyukur.
Mudah saja kita bayangkan mendengar, melihat dan memerhati perkara yang nampak, tetapi, bersyukur kepada Allah yang bukan kita dengar, lihat dan perhatikan seperti benda-benda lain.
Comments
Post a Comment