Kenapa kebodohan hebat | Fadilat tak ternilai menjadi bodoh

https://youtu.be/aeIkWHXd8mc

Falsafah, tajuknya "Kenapa kebodohan hebat| Fadilat tak ternilai menjadi bodoh".

Walaupun isinya perkara yang ujud dalam masyarakat, tapi kita tak boleh faham secara harfiah, ini perkara falsafah.

Dia kata "kelebihan kebodohan", ertinya nampak macam bodoh tetapi bukan benar-benar bodoh, dan bukan buat-buat bodoh.

Mungkin isinya berat sebelah. Dia tak cerita yang negatif. Banyak perkara ada positif dan negatifnya.

Antara yang diceritakan ialah: orang yang kelihatan tidak mengerti bila bertanya, akan dapat banyak penjelasan yang *dipermudahkan dan tepat* maka dia lebih mudah mengerti. Tapi jika orang yang pandai dia dapat penjelasan yang *dipendekkan dan umum*. Jadi malanglah orang yg buat-buat pandai.

Dia petik tulisan ahli falsafah arthur schopenhauer. "Kerana satu tabiat manusia yang pelik, orang umumnya terlalu banyak memikirkan pandangan orang lain terhadapnya; walaupun sekilas pandang akan menunjukkan bahawa pandangan itu macam mana pun, setakat adanya, bukanlah suatu yang perlu untuk kebahagiaan.

Oleh itu adalah sukar untuk difahami kenapa setiap orang amat gembira apabila dia melihat orang ada pandangan baik terhadapnya, atau mengatakan apa-apa yang menyanjung kebanggaannya."
saat 00:46 - 01:09

Comments