Al-Quran Kitab Kerohanian (1)
Al-Quran Kitab Kerohanian (1)
Kerohanian yang dimaksudkan ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan bukan alam fizikal atau kebendaan. Ia termasuklah perkara berkaitan dengan hati, tabiat manusia, perasaanya, pemikirannya. Apa yang ditanggapinya bahagia atau sebaliknya.
Juga berkait dengan alam ghaib seperti hari akhirat bahkan juga ada hubung kait dengan ketuhanan dan hubungan sesama manusia lain. Yang mendorongnya jadi bersemangat, lesu dan seumpamanya.
Permulaan dengan surah Al-Fatihah, merakamkan manusia perlukan pertunjuk. Ini adalah satu sudut kerohanian. Petunjuk bukanlah satu "benda".
Kemudian permulaan surah al-Baqarah, petunjuk dikaitkan dengan ketakwaan. Ketakwaan ialah sesuatu dalam hati seperti maksud hadis nabi. ( التقوى هاهنا )
Takwa itu di sini, sambil menunjukkan ke dadanya. Hati itu bukanlah hati fizikal, tetapi isyarat kepada jiwanya iaitu perkara kerohanian juga.
Comments
Post a Comment