Tazkirah Maut

Ada orang bagi tazkirah maut. Orang mati yang ditanya dalam kubur, dia menjawab dengan hati, iaitu ruhnya bukan lagi dengan mulut fizikalnya.

Siapa tuhan kamu? Ramai orang Islam sudah tahu dan hafal, boleh jawab dengan mulut. Tetapi pernahkah cuba menjawab dengan hati, cuba perhatikan.

Kalau anda didatangi satu orang kemudian ditanya satu perkara apa yang berlaku dalam hati anda? Sebelum orang itu bertanya, hati anda sudah berkata "siapa orang ini", "pelik nampak", "oh nak tanya itu", ... semua ini kemungkinan yang berlaku dalam hati. Hanya keluar dimulut ialah berkaitan dengan apa yang orang itu tanya. Yang dalam hati tidak keluar. Selepas orang itu pergi, mungkin ada lagi, "Eh cepatnya, bla. bla.."

Itu rupa bercakap dengan mengunakan hati, kalaulah semuanya boleh dengar.

Bagaimana kalau ditanya dengan perkara yang kita tidak yakin?

Sebelum keluar dimulut, walaupun sedetik, hati mungkin sudah berkata macam-macam, "ada orang kata begitu, tapi ada yang kata begini", "adalah disebut dalam buku itu tapi tak baca pula". Semua ini tak keluar, tapi orang yang jujur akan beritahu dengan mulutnya, contoh: "saya tak pasti, saya agak begini, begitu, boleh cuba tanya orang di situ"

Ha begitulah bercakap dengan hati! Bolehkah orang yang hanya hafal Allah tu tuhannya dengan mulut nak jawab dengan lurus dalam kubur?

Apa yang mungkin berlaku jika hidupnya tak lurus? "Alamak, yang itu tak selesai lagi", "Harap dia tak tahu aku songlap hak orang".. Tiba-tiba sedang sibuk-sibuk "fikir", cakap-cakap sendirian, ada makhluk datang, tanya "Siapa tuhan kamu?" ... jawab... "Dulu aku hafal kena jawab Allah" "Allah" tapi hati tak boleh berhenti, "tapi tak nampak faedahnya" "betul ka?"

Kalau kita boleh dengar hati bercakap, segala keraguan walaupun sedikit akan keluar. Hati tak boleh menjadi lurus seperti mulut.

Bagaimana melatih hati dan mulut jadi lurus dalam menghadapi suasana? Orang perlu lurus dalam kehidupan, sebelum matinya. Dan latihannya ialah dengan solat. Bolehkah, hati dan mulutnya selari sepenuhnya sepanjang solat? Itulah latihannya. Soal mulut baca, tapi hati ingatkan perkara lain itu tandanya belum dapat disejajarkan mulut dan hati. Antara tipsnya ialah dengan mengetahui makna bacaan, ketika solat. Dan juga diluar solat perlulah diselesaikan tanggungan anda sebagai orang Islam. Kerana ini akan menggangu anda ketika solat.

Orang mati akan bawa bersamanya amalan-amalannya didunia. Tidak nampak bersama orang mati, melainkan kafannya. Demikianlah orang bawa dalam solat bersamanya amalan luarannya. Jika dia tidak dapat uruskannya dalam solatnya, amalannya akan kendalikan solatnya. Tidak nampak dimata kebendaan perihal amalannya, tetapi akan kembali bersamanya walaupun, dulunya sudah nyanyuk. Walaupun sudah jadi sebahagian dari tanah.

Comments