Air dan Kesihatan (1)

Air dan kesihatan 1

 وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ 
dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup dari air; - petikan dari Al-Anbiya 21:30

1: Air mengisi ruang dan memperkuatkan struktur.

Kita biasa lihat daun-daun layu, terkulai apabila pokok-pokok tidak cukup air. Buah labu nampak keras walaupun mengandungi 90% air, ia tidak berair.

Demikian jugalah manusia, otot2 79% air. Jantung dan otak 73% air. Kulit 64%.  Tulang pun 31% air.

Manusia boleh turun berat badan yg banyak jika ia kekeringan air. Tetapi kadar kepekaaan kering antara anggota badan tidak sama, tekak lebih cepat terasa kering dan dahaga. Ini menyebabkan orang meminum air sebelum memudaratkan badan.

Tetapi jika kekurangan air berlaku secara perlahan-lahan yg amat lama, kesannya mungkin tidak terasa, walaupun boleh dilihat. Seperti orang yang amat tua sampai kecut dan kurus. Ini dianggap proses penuaan. Dari segi yang lebih luas, proses penuaan melibatkan banyak perkara, bermula dari kurang rasa dahaga, kurang zat bina badan yg menyebabkan lebih mudah kering dan sebagainya. Jika tidak kerana itu, menjaga kecukupan air penting sebagai salah satu bahan pengawet muda.

Terlalu kering yang mendadak boleh berlaku kepada anggota yang terdedah kepada udara yang terlalu kering dan panas.  Biasanya air akan diserap dari salur darah, jika tidak cukup bermakna lapisan luaran ini akan rosak, mati dan senang dijangkiti kuman dan virus. Kulit luaran boleh mengelupas dan jatuh dengan sendiri atau dibersihkan atau mandi. Biasanya orang terlupa saluran pernafasan adalah terdedah kepada udara walaupun berada dalam badan. Yang paling mudah kering ialah pintu masuk saluran pernafasan, paru-paru sendiri mempunyai banyak saluran darah halus yang jadi sumber air. Saluran pernafasan tidak mudah dibersihkan dan tidak terkena ketika orang mandi.

Comments