Posts

Showing posts from 2025

Takwa Adalah Fitrah Manusia

Takwa adalah fitrah manusia. Dalam al-quran, perintah yang pertama, yang terang ialah bertaabud (sembah) kepada Allah. Al-Baqarah 2:21 يَآأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُون Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa Surah al-fatihah dan 20 ayat pertama surah al-baqarah adalah memperkenalkan persekitaran kehidupan manusia. Tentang Allah, kitab petunjuk, orang bertakwa, orang kafir dan manusia yang dakwa beriman tetapi tak bersama orang beriman, yang ada penyakit dalam hati. Semuanya berkaitan dengan Allah. Apabila tiba ayat 21, Allah menyuruh semua manusia bertaabud (sembah) kepada Nya. Tujuannya "agar kamu bertakwa". Seolah-olahnya bertakwa itu satu yang diketahui umum. Jadi di sini kita faham secara bahasa, sepintas lalu, sebab bahasa adalah diketahui umum. Kanak-kanak kecil pun sudah boleh bercakap, ada bahasa. Erti takwa pada bahasa...

KEMAAFAN (1/2)

Al-Kahfi 18:103, 104 قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا  Katakanlah (Muhammad), “Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?” ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا  (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Cuba perhatikan perkataan (يحسبون) "mereka mengira". Orang yang paling rugi ialah yang "mengira" sebaik-baik tetapi sia-sia. Hasil kiraannya tidak menemui kebenaran. Mengira, adalah lebih bersungguh-sungguh dari semata-mata sangkaan kuat (ظن). Tidaklah diguna perkataan (يظنون) "mereka menyangka". Dalam bahasa Arab, zhan adalah tahap keyakinan lebih 50% (syak) tetapi belum penuh. Sedangkan mengira adalah berdasarkan maklumat. Dalam matematik, mengira memerlukan angka. Untuk mengira biasanya perlukan kertas, pensil atau alat contohnya mesin kira. Tanpa bantuan b...

KEMAAFAN

Dalam membicarakan perkataan (العفو) kemaafan ada dua tempat dalam al-quran, yang kedua adalah albaqarah 2:219 Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: (العفو) "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, Ini potongan akhir ayat. Kita tak bicarakan tentang المغفرة keampunan. Kemaafan ada persamaan dengan nafkah. Al-'afwu diertikan dengan "yang lebih dari keperluan". Seolah-olahnya kemaafan itu perlu untuk diri sendiri dan lebihannya diberi kepada orang. Ini dikuatkan dengan al-'afwu pertama (Al-A'raf 7:199) digunakan perkataan (خذ) bererti ambillah. Kenapa tidak digunakan perkataan (كن) jika maksudnya "jadilah pemaaf". Tetapi digunakan (خذ العفو). Dan seperti yg kita petik terdahulu ayat ali-imran 3:134, orang yang pemaaf (العافين) disebut dalam ayat yang sama dengan perbuatan menafkah (ينفقون). Bagaimana susahnya mahu menafkah dalam keadaan kita sendiri kesem...

Hidup Itu Nisbi

Hidup ini nisbi. Nisbah kepada persekitaran. Oleh itu peka dengan persekitaran adalah amat membantu. Orang kata "pandu laju adalah merbahaya". Laju dan merbahaya adalah dua perkara nisbi. Ia adalah nisbah kepada persekitaran. Ia tiada angka yang tertentu melainkan pertimbangan seseorang dengan persekitarannya. Orang berjalan-jalan mungkin tidak lebih dari 4 km sejam. Itu belum dikira laju, orang boleh naik turun tangga, berjalan di tempat sempit dan luas atau rata dan tidak rata tanpa perlu ada tanda had laju. Tetapi kemalangan tetap ada walaupun jarang-jarang, walaupun tidak dikira berbahaya. Terlanggar tiang, tersepak, terjatuh, terpijak. Bila orang memandu kereta 60 km sejam belum dikira laju. Tetapi jika jalan sempit, berbatu tidak rata, curam, jalan bengkang bengkok itu sudah berbahaya dan laju. Bila di jalan raya, tanggapan terhadap apa yang dikira laju atau merbahaya adalah tanggapan masing-masing. Kepekaan terhadap persekitaran adalah penting. Dalam perjalanan, perse...

Kesedaran Kesihatan Mental

Kesedaran kesihatan mental. Orang Islam percaya manusia adalah jasmani dan rohani. Yakni jika bukan jasad, itu ruh. Manakala golongan ateis tidak percayakan ruh, maka ruh ditukar kepada mental. Tetapi yang kompromi menerima kesemua menjadikan tiga: jasmani, mental dan ruh. Kemudian ada kompromi lagi tukar juga ruh kepada "spirit". Mengikut ateis, spirit bukan ruh. Walaupun "spirit" itu ruh juga mengikut ajaran Kristian. Jadi bila membicarakan kesihatan mental kita sebagai orang Islam tidak memisahkan kaitan dengan ruh. Apa yang umum diketahui tentang ruh ialah, ia yang menjadikan manusia hidup, ada keperibadian yang menjadikan ia ada pengenalan diri tersendiri yang berlainan dari orang lain. Jasadnya akan mati bila ruh dicabut. Dan bila hari kiamat dengan jasad baru, tetapi ruhnya yang asal, yang ada pengenalan diri. Jadi segala ingatannya, pemikirannya, tingkahlakunya dan lain-lain yang menjadi pengenalan dirinya, akan bersamanya. Dalam al-quran kita ketemui banyak...

Hukum Menghukum

Hukum menghukum. Dalam pengunaan biasa orang Melayu, "hukum" dikaitkan dengan kesalahan, denda. Sedangkan pengertiannya adalah lebih luas. Hukum sebenarnya adalah "keputusan yang adil dan bijaksana yang dibuat untuk bertindak". Ianya tidak terhad kepada kesalahan tetapi juga banyak tindakan biasa. Dalam fekah ada perkara dihukum wajib, ada sunat, makruh dan haram. Biasa juga kita dengar hukum alam, sunnatullah atau hukum adat. Dalam kehidupan seharian seseorang, dia juga secara tidak sedar menghukum tindakan diri sendiri apakah baik, boleh, perlu, segera atau sebaliknya. Sebagaimana yang dicita-citakan, sebaik-baik hakim ialah yang adil dan bijaksana. Demikian juga dengan diri sendiri, apakah kita berbuat sesuatu dengan mengambil kira maklumat sekeliling, panduan atau mengikut angin, perasaan? Tetapi kita menghukum perbuatan. Walaupun perbuatan tidak boleh berlaku tanpa individu, kita tidak menghukum individu. Kita pendakwah bukan penghukum. نحن دعاة لا قضاة Hasan ...

Ilmu Laduni & Petunjuk

Ilmu laduni dan petunjuk Al-Kahf 18:65-66 فَوَجَدَا عَبۡدࣰا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَٰهُ رَحۡمَةࣰ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمࣰا Lalu mereka berdua bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan rahmat kepadanya dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami. قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدࣰا Musa berkata kepadanya, “Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?” Ayat 65 ada perkataan لدنا yang orang petik untuk buat istilah "ilmu laduni". Perkataan itu bermakna "di sisi kami". Dan ayat 65, ada perkataan رشدا yang diterjemahkan sebagai "petunjuk". Jadi nabi Musa ingin mendapatkan petunjuk dari ilmu dari hamba Allah itu. Maknanya nabi Musa belajar. Mungkin pernah kita dengar ada golongan tertentu yang percaya dengan berzikir atau beramal ca...

Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

https://youtu.be/ze2rmsLiTfA?si=RddJPuyUy_wIEWbx Satu lagi cara rawat barah (dalam kajian) nama "living cell therapy". Caranya dengan pembedahan sel lemak, usah suai genetik, kemudian memasukkan balik berdekatan dengan barah. Cuma nak tunjuk video ini bagaimana orang buat percubaan dan mengetahui sel barah/ketumbuhan tidak memerlukan oksigen, tetapi ia menggunakan glukosa. Yang menyebabkan banyak asid laktik terhasil. Jadi barah sebenarnya berasid, telah diketahui sejak awal lagi. Kalau ikut dr simoncini, dr oncologi, 1951- 20-Mei-2024, rawatan mengunakan suntikan natrium bikarbonat ke tempat barah. Tetapi kerana ada pesakitnya yang mati, beliau kena dakwa dan bersalah kerana cara itu tidak diterima oleh arus perdana. Natrium bikarbonat itu alkali, jadi ia tentunya bertindak balas dengan asid. Selepas dr Simoncini, ada lagi orang lain, Barbara O'Neil, yang juga guna natrium bikarbonate bukan secara suntikan, tetapi dengan selimut yang dibasahkan dengan natrium bikarbonat ...

Zikir

Zikr. Zikr dalam bentuk perbuatan ذَكَرَ - يَذْكُرُ erti: menyebut, erti jauh: mengingat. Biasanya manusia pelupa, jadi untuk mengingatinya perlulah di ulang-ulang. Zikrun ذِكْرٌ erti: sebutan, peringatan. Jadi berzikir itu merupakan satu perbuatan untuk mengingat dengan menyebut dan berulang-ulang. Serta difahami. Dalam keadaan sibuk, contohnya ketika memandu dalam bandar yang jalan bersimpang siur dengan kenderaan, lalulintas pekalan kaki, lampu isyarat, berzikir tidak dapat dilakukan jika panjang. Kecuali jika zikir itu telah betul-betul dihafal, sudah biasa dibaca dan ertinya. Itu pun jadi lebih mencabar jika perlu diulang beberapa kali. Jika berlaku kejadian luar biasa, seperti ada kemalangan, zikir tadi mudah terlupa, samada sebutan atau bilangan. Bayangkan manusia di hari berbangkit, manusia sibuk, apakah yang ada dalam ingatan manusia ketika itu? Untuk melepaskan dirinya, tidak ada lagi mengira keluarga, sanak saudara. Maka apa yang telah ia biasa semasa didunia itulah yang dib...

Glukosa

Fungsi insulin 1: Membolehkan sel yang sensitif insulin menyerap dan mengguna (membakar) glukosa. 2: Menukar glukosa kepada simpanan glycogen di hati dan tisu otot. Serta menyimpan lelemak. 3: Membina protin. 4: Membina DNA. Hanya no 1 paling masyhur. Fungsi 3, 4 itu dikatakan anabolik, yakni yang memangkin pertumbuhan, pembesaran, jika terkawal. Kalau tidak terkawal itu dikatakan gemok atau penyebab ketumbuhan. Paras glukosa tinggi, boleh mencederakan tisu dalam tiga cara, (walaupun belum dikira diabetis). 1: Glukos dalam darah boleh bertindakbalas dengan protin membentuk sebatian yang melekit. Dan ini boleh menganggu fungsi sel-sel yang terlibat, dan pengaliran benda-benda dalam darah. 2: Glukosa yang berada dikalangan sel mengaktifkan enzim protein kinase C yang menggalakkan pertumbuhan salur darah, menebalkan salur darah, serta membebaskan molekul yang boleh jadi radang. 3: Glukosa yang berada dikalangan sel membantut proses anti oksidan. Terutamanya merosakkan neuron (saraf). Ini ...

Empangan

https://youtu.be/XiUOBdEUqjY?si=lFZ1GLjfEMv_W_om Empangan hanya sementara. Orang dahulunya fikir sungai mengalirkan air. Tapi sebenarnya sungai juga mengalirkan tanah, zat-zat dan baja. Bila orang membuat empangan, bukan sahaja menakung air, tapi juga menakung tanah. Air boleh mengalir dengan mudah, tetapi tanah tidak mudah mengalir. Jumlah takungan air akan berkurangan secara perlahan-lahan untuk puluhan/ratusan tahun akan datang. Ada tarikh luput. Gempa bumi kerana berat air empangan pernah berlaku, dan kemungkinan kerana berat tanah pun boleh berlaku juga. Tapi bila, orang tidak dapat mengira sebab sungai-sungai tidak sama. Mungkin orang buat peraturan tidak benarkan aktiviti yang menyebabkan hakisan tanah dalam kawasan takungan empangan, untuk melebatkan proses tersebut.

Ilmu Makanan Roh?

Orang kata ilmu itu makanan roh. Apa itu ilmu? Jika asal dari bahasa arab, mata-mata "ilmu" ialah apa saja yang orang tahu. Secara resminya ilmu digabungkan dengan bidang, seperti "ilmu sains", sains adalah bidangnya. Bila dikatakan diibaratkan sebagai makanan, maka terbayanglah bukan semua perkara yang datang bersama makanan boleh dimakan, ada yang dibuang seperti kulit. Makanan itu diproses, bukan semua boleh telan bulat-bulat. Ilmu bukan semestinya benar. Orang tahu kepercayaan orang kristian mempertuhankan nabi Isa. Itu ilmu tetapi ianya tidak benar. Orang boleh belajar dan hafal hadis-hadis palsu, dia tahu itu palsu, itu juga ilmu, sedangkan ianya palsu. Jadi ilmu perlu diproses. Orang kata ilmu itu dalam dada, sebab yang dipegang dalam hati ialah yang benar. Jika orang menanam pokok, satu hari dia melihat pokok itu mula tumbuh. Itu apa yang dia tahu, itu ilmunya untuk hari itu. Kemudian esoknya dia lihat lagi pokok yang sama. Apakah setiap hari dia dapat ilmu?...

Biji-Bijian

Biji-bijian merupakan benih pokok, mengandungi bahan-bahan makanan yang memberi tenaga dan zat kepada biji untuk tumbuh, sebelum pokok dapat menghasilkan makanan/tenaga sendiri. Biasanya bahan makanan pada bijirin ini dalam bentuk yang susah hadham, perlu dimasak. Secara mentahnya boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut, sesetengahnya beracun seperti kacang merah. Bahkan pokok itu sendiri tak boleh menghadamkanya dalam bentuk itu. Apabila biji mula tumbuh, ia mengeluarkan enzim yang merubah bahan makanan sesuai dengan penyerapan anak pokok baru. Enzim dari biji yang bercambah ini juga digunakan untuk proses membuat "malt". Yang mana bijian yg baru tumbuh dikisar dan dicampurkan dengan serbuk biji yg belum tumbuh, walaupun bijian yang belum tumbuh itu jenis yang berbeza. Enzim yg seperti ini juga merubah rasa timun atau tembikai menjadi kemasaman, bukan kerana bakteria atau kulat. Biasa juga orang membuang biji timun dalam hidangan tertentu.