Zikir

Zikr.

Zikr dalam bentuk perbuatan ذَكَرَ - يَذْكُرُ erti: menyebut, erti jauh: mengingat. Biasanya manusia pelupa, jadi untuk mengingatinya perlulah di ulang-ulang. Zikrun ذِكْرٌ erti: sebutan, peringatan.

Jadi berzikir itu merupakan satu perbuatan untuk mengingat dengan menyebut dan berulang-ulang. Serta difahami.

Dalam keadaan sibuk, contohnya ketika memandu dalam bandar yang jalan bersimpang siur dengan kenderaan, lalulintas pekalan kaki, lampu isyarat, berzikir tidak dapat dilakukan jika panjang. Kecuali jika zikir itu telah betul-betul dihafal, sudah biasa dibaca dan ertinya. Itu pun jadi lebih mencabar jika perlu diulang beberapa kali. Jika berlaku kejadian luar biasa, seperti ada kemalangan, zikir tadi mudah terlupa, samada sebutan atau bilangan.

Bayangkan manusia di hari berbangkit, manusia sibuk, apakah yang ada dalam ingatan manusia ketika itu? Untuk melepaskan dirinya, tidak ada lagi mengira keluarga, sanak saudara. Maka apa yang telah ia biasa semasa didunia itulah yang diboleh membantunya.

Al-quran itu zikir, solat ada zikirnya, lain-lain zikir yang sunnah, yang baik-baik boleh membantunya. Malang sekali, jika tiada zikir, atau orang yang banyak mengulang sebut perkara tidak baik, zikir yang salah.

Zikir mengingati Allah dalam keadaan tenang supaya tidak terlupa ketika terdesak, ketika amat perlukan pertolongan Allah, dia ada banyak zikir, sebutan yang baik. Tidak hanya melarikan diri dari bencana dihari akhirat. Jika dia tidak mengerti apa yang dizikirkan bagaimanakah dapat digunakan?

Al-A'la 87:14, 15

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri,

وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ

dan mengingat (ذكر) nama Tuhannya, lalu dia shalat.

Az-Zukhruf 43:44

وَإِنَّهُۥ لَذِكۡرࣱ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَۖ وَسَوۡفَ تُسۡئَلُونَ

Dan sungguh, Al-Qur'an itu benar-benar suatu peringatan(zikr) bagimu dan bagi kaummu, dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban.

Takkan sebut(zikr) saja tak buat apa-apa.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

KEMAAFAN

Kesedaran Kesihatan Mental

KEMAAFAN (1/2)

Sodium Bicarbonate alternatif merawat barah oleh Dr Simonchini

Ilmu Laduni & Petunjuk

Hukum Menghukum

Hidup Itu Nisbi

Otak

Konsep Keadilan dan Kemaafan

Pemasangan Pam Air Rumah