Supaya Kamu Bersyukur (Bahagian 2)
An-Nahl 16:78 - Sambung Tetapi ayat yang berakhir dengan قليلا ما تشكرون bererti sedikit saja kamu bersyukur, hanya ada 4. Kurniaan Allah yang berkaitan 4 ayat ini adalah, satu, Allah jadikan bumi ini sumber kehidupan. Manakala 3 yg lagi ialah pemberian pendengaran, penglihatan dan hati. Jika "ما" diterjemahkan sebagai "apa" maka ia menjadi "sedikitlah apa yang kamu bersyukur". Atau maksud lain, pemberian itu digunakan sedikit saja. Pemberian Allah amat banyak tidak mampu disyukuri sepenuhnya walaupun berpakat semua manusia dan jin. Manakala ada satu sahaja ayat dalam bentuk لا تشكرون "tidak bersyukur". Ini berkenaan hujan tidak masin. Bukan soal terkilan, sampai 3 ayat, tapi pendengaran, penglihatan dan hati adalah asas kepada semua. Al-quran pun perlu didengar, dilihat untuk baca, dan hati untuk memahami. Berkenaan manusia tak bersyukur. لا يشكرون ada lima ayat yang terang menyebutkan kebanyakkan manusia tak bersyukur dengan "فضل الله...