Penyaman Udara (Siri 1)

APA ITU INVERTER AIR CONDITIONER?

https://youtu.be/3CFaT3C_A2E Tengok video youtube ini dulu. Baru baca komen dibawah.

Inverter tu samalah seperti dia kata, iaitu menukar DC ke AC. Jadi cara kegunaan begini ialah untuk punca kuasa DC. Seperti kereta, van, bas ataupun tenaga solar. Orang tak guna inverter kalau di rumah, sebab punca tenaga ialah AC.

Tak boleh nak faham apa yg dia nak cerita. Mungkin dia pun tak berapa faham sebab itu dia suruh tanya budak letrik.

Kalau tukar dari AC ke DC,  orang tak kata inverter. Itu rectifier atau converter.

Bab jimat letrik atau tidak itu perkara lain. Kalau mula pasang, kata suhu permulaan 30⁰C kemudian turun kepada 25⁰ dalam ½ jam, ini tentunya lebih banyak letrik. Berbanding apabila sudah stabil 25⁰ C dan pasang selama satu jam lebih.

Berkenaan litar letronik, itu memang teknologi sama seperti komputer atau telefon bimbit. Tentunya mahal sebab orang tak beli penyaman udara macam beli telefon.

Comments