Hari Al Harj (Hari Pembunuhan)

Hadith al-harj.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ وَاصِلٍ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، وَأَحْسِبُهُ، رَفَعَهُ قَالَ ‏

‏ بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ أَيَّامُ الْهَرْجِ، يَزُولُ الْعِلْمُ، وَيَظْهَرُ فِيهَا الْجَهْلُ ‏"

‏‏‏ قَالَ أَبُو مُوسَى وَالْهَرْجُ الْقَتْلُ بِلِسَانِ الْحَبَشَةِ‏‏

Dari `Abdullah (ibn mas'ud)

(Nabi (ﷺ) telah berkata), "Di ambang kiamat, ada hari-hari Al-Harj, hilangnya ilmu, dan berleluasa kejahilan." Kata Abu Musa, "Al-Harj, ialah pembunuhan dalam bahasa Habsyah."

Sahih al-Bukhari 7066 
In-book : Book 92, Hadith 17 
USC-MSA web (English) : Vol. 9, Book 88, Hadith 187  (deprecated)

al-harj? Kenapa nabi menggunakan perkataan orang Habsyah. Kita tidak tahu, tetapi zaman ini ramai terbunuh kena kuman. Satu dunia mendengar perkataan pengarah umum WHO bertindak seperti jurucakap komunis cina. Dia orang Habsyah.

Dan zaman ini ilmu hilang, bukan kerana orang alim tidak ada, tetapi ditengelami banyak kesibukan keduniaan, lebih-lebih lagi apabila suara-suara kebenaran ditutup. Yang tersebar ditentukan oleh orang yang punyai berkepentingan dan berkuasa, tidak lagi atas kebenaran.

Comments

Artikel Menarik Bulan Ini

Ilmu Laduni & Petunjuk

KEMAAFAN (1/2)

KEMAAFAN

Hukum Menghukum

Takwa Adalah Fitrah Manusia

Hidup Itu Nisbi

Bala & Pengalaman

Penyediaan Kuali Baru

Kesedaran Kesihatan Mental

Skin Tag