UPS vs Powerbank
UPS (Uninterrupted Power Supply) tu banyak gred, bila kuasa utama (letrik) putus, berapa minit boleh tahan bergantung sebanyak mana bateri yang digunakan. Ia boleh memberi kuasa berterusan.
Jika powerbank, pengecasnya kecil, dan tak cukup kuasa untuk guna berterusan. Dan perlu dicas semula bila tenaganya habis. Dan masa itu tidak ada kuasa. Terputus kuasa.
Kalau orang guna UPS, dia perlu kira berapa lama kuasa terputus, dan berapa lama baterinya bertahan. Tak perlu pasang semula plug atau usik suis.
Jika guna powerbank besar pun, pengecasnya kecil. Bergantung kepada jenis, powerbank tak boleh beroperasi berterusan tanpa dicas semula tanpa beban.
Kalau power bank itu 300W. Pengecasnya bukan 300W. Jadi mesti kehabisan kuasa. Bila habis, mesti tutup bebanan, biarkan ia cas hingga penuh, baru sambung semula bebanan. Mesti ada orang jaga, tutup dan buka suis.
Dan kerana ia tidak direka untuk guna serentak dengan cas, perlu buat ujian apakah model itu boleh digunakan serentak.
Jika di atas boleh, maka untuk kegunaan berterusan, had kuasa bukan bergantung kepada had kuasa powerbank, tapi had kuasa pengecas.
UPS pun kena kira berapa AH, atau kWh. Samaada boleh tambah bateri ikut yg perlu.
Comments
Post a Comment