Pemilihan UPS

Nak beli UPS kena kira kegunaan. Sebab saiz dia ada dari yg murah hingga ratus ribu.

Kalau nak guna untuk peti sejuk. Katalah peti sejuk 160W. Jadi inverter dalam UPS mesti wattnya lebih besar katalah 300W.

Kemudian kena anggarkan berapa lama bekalan letrik terputus. Katalah 30minit sehari. Maka ketahanan batteri dalam ups perlu dijamin selama 30 minit untuk peti sejuk. Yakni 160W x 30minit = 80Wh. Kalau bateri itu 12V maknanya, 
80/12 = 6.67Ah. Jadi bateri mesti lebih dari 6.67Ah. Kalaulah keupayaan inverter itu 90% kena tambah lagi 10%.

Jika bateri kereta digunakan 120AH maka ikut kiraan tadi. Ia ada keupayaan 120/6.67 = 18 kali ganda yakni 9 jam letrik terputus. Itu jika keupayaan inverter UPS 100%. Jadi kira-kira boleh tahan 8 - 9 jam terputus. Tetapi kena juga lihat baki masanya 24-9 = 15 Jam itu cukup kah untuk cas penuh semula bateri. Itu jika 9 jam sehari. Tapi untuk 30 minit tak ada masalah.

Setengah UPS boleh tambah bateri.

Komponen penting dalam UPS.
1 inverter, menukar bateri DC kepada AC 240V. Ini hanya aktif bila kuasa utama letrik terputus. Dalam keadaan biasa kuasa utama letrik disambung terus ke bebanan (peti sejuk).
2 Pengecas bateri.
3 Bateri.
4 Penapis gangguan letrik. Penapis ini berfungsi bila sambungan terus. Yakni ketika inverter tak aktif.

Penapis ini bukan komponen utama, tapi tambahan untuk keselamatan alatan elektronik yang biasa rosak kerana letrik terputus tiba-tiba tanpa ditutup suis. Dan orang tak salahkan UPS.

Contoh : 
Check out EcoFlow Power Station DELTA 2 Extra battery for RM2,699.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/yF2ufFL.

Ini bateri besar 2kWh.

Kena baca spesifikasi UPS sebelum beli, sebab semuanya berat dan mahal.

Tu bateri terlalu besar untuk pasang sendiri. nanti banyak syarat keselamatan pula.

Bateri kereta biasanya dalam 40-70 Ah. Contoh yang ayah beri tu 120Ah dah besar.

Yg 2kWh itu lebih kurang sama dengan bateri kereta 170Ah.

Comments