Posts

Showing posts from 2024

Otak

https://youtu.be/ycTZ_t-aiuU?si=b52-wJJX7YQvrIx4 Komen berkenaan video Dr Amen tentang brain scan. Orang sekarang buat model, otak tempat berfikir, memproses maklumat. Kalau kias macam CPU. Tapi boleh juga hanya macam HDD atau SSD. Tapi lebih sesuai macam HDD/SDD. Yakni kebanyakkanya untuk simpan maklumat sahaja. Sebab ada kes orang yg kena hydrocephalus teruk masih hidup macam biasa, sampai dewasa. Orang cuma tahu bila dia sakit kaki dan orang scan otaknya, didapati 90% otaknya hanya "air". Juga dalam kajian kes, orang tutup mata beberapa bulan, kawasan yang dulunya aktif untuk mata, masih aktif untuk dia belajar braille. Tetapi bila mata dibuka semula semua keupayaan untuk baca braille hilang. Ini menunjukkan kawasan otak yang ada kaitan anggota badan akan di gunakan untuk tujuan lain bila orang kehilangan anggota tersebut. Implikasinya ialah, otak bukan penentu kebolehan orang berfikir, bukan penentu cerdik atau tidak. Dalam Islam kita kata itu semua roh. Yang boleh berfik...

Madu Lebah

Madu lebah itu rasa ikut pokok apa yg berbunga. Jadi rasa dia akan berubah dari tempat dan iklim yang pokok dan tumbuhan yang berbeza. Kalau tempat itu ada pokok beracun, tak boleh makan lah madu itu, jika lebah tak mati. Demikian juga kalau tempat pertanian yang guna racun untuk jaga tanaman, madu itu pun tercemar juga, jika lebah itu tak mati. Madu di malaysia pokoknya caca merba, maka madunya begitu juga sifatnya. Ada negara yg musim bunga, satu jenis saja bunga pada satu tempat, maka madunya jadi istimewa jenis bunga itu. Pernah ayah pergi pameran "horticultural" semasa di UK, pelbagai produk pertanian. Pernah jumpa banyak jenis madu warna warni, beli satu yg warna hijau lembut, madunya cair, rasanya unik. Itu paling murah. Jadi ada orang minat untuk cuba pelbagaian jenis madu, semacam pelbagai buah-buahan. Tapi kadangkala selera boleh berubah dengan perubahan iklim tempat tinggal. Masa ayah duduk UK, benda masam itu sedap. Bila balik, bawa balik dengan kapalterbang ke si...

Distribution Board (DB)

Image
Kumpul maklumat bila letrik tersandung (tripped). Yang mana satu tertutup, suiz besar atau RCD atau suis lain dalam kotak (kiri seperti gambar di atas). Ni namanya DB. Suis kecik2 dalam tu pangil MCB (mini circuit braker). Alat apa yang digunakan RCD atau ELCB atau kedua-duanya sekali jika kedua-dua terpasang. Biasanya jika berdekatan suiz utama, tahap ukuran RCD ialah 100mA (0.1A) Had maksima arus RCD mesti sepadan dengan suis utama. Kalau dalam gambar di atas, 63A. RCB atau ELCB berfungsi untuk mengesan kebocoran letrik. Tapi jika melihat litar RCD dan ELCB, yang lebih sensitif dengan kilat ialah ELCB sebab ia ukur arus dalam dawai bumi secara langsung. Sedangkan RCD mengandaikan dawai bumi dipasang dengan sempurna.

Pemilihan UPS

Nak beli UPS kena kira kegunaan. Sebab saiz dia ada dari yg murah hingga ratus ribu. Kalau nak guna untuk peti sejuk. Katalah peti sejuk 160W. Jadi inverter dalam UPS mesti wattnya lebih besar katalah 300W. Kemudian kena anggarkan berapa lama bekalan letrik terputus. Katalah 30minit sehari. Maka ketahanan batteri dalam ups perlu dijamin selama 30 minit untuk peti sejuk. Yakni 160W x 30minit = 80Wh. Kalau bateri itu 12V maknanya,  80/12 = 6.67Ah. Jadi bateri mesti lebih dari 6.67Ah. Kalaulah keupayaan inverter itu 90% kena tambah lagi 10%. Jika bateri kereta digunakan 120AH maka ikut kiraan tadi. Ia ada keupayaan 120/6.67 = 18 kali ganda yakni 9 jam letrik terputus. Itu jika keupayaan inverter UPS 100%. Jadi kira-kira boleh tahan 8 - 9 jam terputus. Tetapi kena juga lihat baki masanya 24-9 = 15 Jam itu cukup kah untuk cas penuh semula bateri. Itu jika 9 jam sehari. Tapi untuk 30 minit tak ada masalah. Setengah UPS boleh tambah bateri. Komponen penting dalam UPS. 1 inverter, menukar ...

UPS vs Powerbank

UPS (Uninterrupted Power Supply) tu banyak gred, bila kuasa utama (letrik) putus, berapa minit boleh tahan bergantung sebanyak mana bateri yang digunakan. Ia boleh memberi kuasa berterusan.  Jika powerbank, pengecasnya kecil, dan tak cukup kuasa untuk guna berterusan. Dan perlu dicas semula bila tenaganya habis. Dan masa itu tidak ada kuasa. Terputus kuasa. Kalau orang guna UPS, dia perlu kira berapa lama kuasa terputus, dan berapa lama baterinya bertahan. Tak perlu  pasang semula plug atau usik suis. Jika guna powerbank besar pun, pengecasnya kecil. Bergantung kepada jenis, powerbank tak boleh beroperasi berterusan tanpa dicas semula tanpa beban. Kalau power bank itu 300W. Pengecasnya bukan 300W. Jadi mesti kehabisan kuasa. Bila habis, mesti tutup bebanan, biarkan ia cas hingga penuh, baru sambung semula bebanan. Mesti ada orang jaga, tutup dan buka suis. Dan kerana ia tidak direka untuk guna serentak dengan cas, perlu buat ujian apakah model itu boleh digunakan serentak. Jik...

Zakat Fitrah

Image
Kadar fitrah, 1 gantang Baghdad (4 mud) semua setuju. 1 mud itu secekup guna dua belah tapak tangan. Tapi ada 3 pandangan berapa banyak 1 mud. Pandangan Imam Syafi'i, fuqaha hijaz 1 mud bersamaan 5/3 ratal baghdad. Yakni 1 gantang sama 2.57 liter atau 2176 gram. Pandangan Imam Abu Hanifah dan fuqaha Iraq 1 mud sama 2 ratal. Jadi 1 gantang 3800 gram. Pandangan lain yg mashur ialah 2751 gram. Itu ikut wahbah al-zuhaili al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Yang Malaysia pakai, 1 gantang Baghdad beras tempatan 2.6 kg. jika beras Vietnam 2.7kg. Ikut harga beras sekarang, kalau ikut harga belian RM4/kg maka ia jadi RM10.40 Kalau ikut harga resmi yg tercetak di bungkusan beras RM5/kg, jadi RM13 Yang kita bayar RM14. jika yang RM7 itu tak cukup. Beras tempatan dan import di Sg Ara harga sama saja. Harga beras tempatan sepatutnya RM2.60/kg. Timbangan wahbah zuhaili mungkin merujuk kepada gandum atau barli. Harga tepung gandum antara RM4.80 hingga RM5.20/kg Tepung gandum tak sama dengan biji gand...

Gandum Karbohidrat Glycemic Index Glycemic Load

Penemuan terbaru, bukan semua karbohidrat sama. Tapi maklumatnya bukan baru. Kajian tahun 1981 yang menguji GI untuk beberapa jenis makanan mendapati GI untuk sukrosa (gula biasa) nilai 59. Tapi gandum 69 dan "whole meal" gandum lengkap 72.. lebih teruk dari gandum prosess. Gandum lebih teruk dari gula tebu. https://isomaltulose.org/blood-sugar-management/glycemic-index/ Gambar atas ambil dari sini. Dikatakan penemuan terbaru, kerana maklumat ini tidak diberi perhatian. Samada ada pihak yg sengaja menyembunyikan. Ada maklumat lain yg mengatakan gandum yg bermasalah itu jenis "GM". Tetapi ia banyak ditanam kerana hasilnya tinggi, hingga 10X dari jenis lama. Tengok dalam graf tu ada oatmeal. Tapi semua tu lebihkurang, sebab kalau nak perinci, beras pun banyak jenis, oat pun ada yg prosess dan ada yg belum. Ada beberapa perkara perlu faham. 1: GI glycemic index ialah ukuran kanji (tolak serat) dalam makanan tersebut. 2: GL glycemic load, GI x berat / 100. Contoh tembi...

Kad WISE

Yang ayah faham, tapi sebab tak gunakan, tak boleh sahkan. Kalau guna kad akaun dari Malaysia, guna luar negara, dia akan caj (komisyen) setiap kali guna kad untuk tukar matawang dan kadarnya berubah-ubah ikut kadar semasa. Kalau guna tunai, kadar tukaran dan komisyen dibuat ketika kita tukar matawang. Konsep yg dibuat oleh kad wise adalah mengambil kira perkara di atas. Entah macam mana dia guna akaun di negara yg kita pergi. Jadi kita perlu topup sekali, seolah-olah kita buat tukaran matawang, masuk dalam akaun tersebut. Caj tetap berlaku tetapi cara ini orang boleh kurangkan dari buat tukaran banyak kali. Dia boleh ambil untung dari duit yg tersimpan dalam akaun tersebut. Bila dibuka untuk antarabangsa, tentu ramai pengguna dan akaun tersebut sentiasa terisi. Dia daftar dengan bank negara atas nama wise payments sdn bhd. Untuk secara sah boleh rakyat malaysia menyimpan wang. https://www.bnm.gov.my/-/wise-payments-malaysia-sdn-bhd Contoh guna kad bank al-rajhi. yuran tahunan RM10. ...

Vitamin D dan Buah Pinggang

Vitamin D yg aktif ialah calcifediol dan calcitriol. Jika bukan kerana sejarah. Vitamin D tak akan dikira vitamin. Sebab dia boleh dihasilkan badan. Lebih sesuai dikategorikan sebagai hormon. Badan membuat vitamin D dari kolesterol bila terkena sinar lampau ungu UVB. Kalau orang kulit cerah cukup 2-30 minit cahaya matahari 2 kali seminggu. Kesan UVB berkurang bila orang kulit gelap. Vitamin D yg terhasil boleh terperangkap jika orang gemok banyak lemak. Jadi ia tidak dapat masuk kesaluran darah. Kaca, atau losion boleh menghalang sinar UVB, mesti terdedah secara langsung. Orang tua dikatakan kurang vitamin D kerana kesan UVB berkurang? Atau tak kena matahari? Atau kedua-duanya. Tapi zaman sekarang orang tak mahu melabur pada kajian vitamin D sebab, tak boleh buat duit.  Orang hanya rasa hanya cukup untuk tahu vitamin D untuk mengelak tulang reput. Tapi ada juga kajian tanpa cari untung, yang menemui pentingnya vitamin D untuk sistem pertahanan badan (tulang). Termasuk membuat anti...

Psikologi - Triggered Huraian

Ini mungkin istilah orang psikologi.  (Terjemahan melayu di bawah) What happens when you are triggered? A trigger may cause: sudden fear, panic, anger, or sadness. feelings of being overwhelmed, out of control, abandoned, or helpless. flashbacks, which could involve reliving a memory, reliving emotions, or reliving physical sensations. 30 Aug 2023 Jika terjemah melayu triggered bermakna tercetus trigger bermakna pencetus, atau mencetus. Apa yang berlaku apabila anda dicetuskan? Pencetus boleh menyebabkan: ketakutan, panik, kemarahan atau kesedihan secara tiba-tiba. perasaan terharu, tidak terkawal, ditinggalkan, atau tidak berdaya. kilas balik, yang mungkin melibatkan mengimbas kembali ingatan, menghidupkan semula emosi atau menghidupkan semula sensasi fizikal. 30 Ogos 2023 Mungkin lebih sesuai istilah melayu "kena cucuk". Banyak keadaan, satu perkara ada banyak sudut pandang. Bukanlah satu sudut itu lebih benar dari yang lain. Bagaimana bertindak bila tercucuk atau kena cucu...

Glukosa & Kolesterol

Kaitan gula (glukosa) dan kolesterol. Makanan yg mengandungi karbohidrat bila terhadam menjadi gula ringkas yg kebanyakkannya adalah glukosa. Kemudian glukosa diserap dari saluran pemakanan ke salur darah untuk diedarkan keseluruhan badan. Itu imbangan yang secukupnya, tidak kurang tidak lebih. Tetapi ada keanjalan dalam tabiat alam kadang-kadang terlebih atau terkurang. Fungsi utama glukosa dalam badan adalah memberi tenaga. Ia akan kehabisan, dengan terhasilnya air dan karbon dioksida. Air akan keluar dari badan sebagai peluh atau air kencing. Manakala karbon dioksida melalui hidung. Apa boleh berlaku jika terlebih? Al-A'raf 7:31 يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ  Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. Makan terlebih disekalikan de...

Pemasangan Pam Air Rumah

Ini bukan isu orang kaya atau miskin. Dulu kita kata cara fikir begini adalah fahaman sosialis. Kalau komunis dia tambah lagi bagi timbul permusuhan orang kaya dan miskin. Isunya ialah merawat perlu dari puncanya bukan pada tandanya. Bila tekanan air kurang, itu tandanya. Jadi memasang pam air terus ke paip bekalan air adalah merawat tanda. untuk mengatasi tekanan rendah. Ia bukan punca. Merawat tanda tidak membaiki keadaan. Ini adalah penyakit kronik, makin lama semakin teruk. Apa punca tekanan air rendah? Perlu dicari. Boleh jadi pelbagai sebab. Salah satu sebabnya ialah berlaku kebocoran, air keluar sebelum sampai ke rumah. Bila air paip dalam tanah keluar, ia bercampur tanah. Bila orang pasang pam sedut air, air bocor dalam tanah tadi akan disedut kembali. Maka orang akan dapat air bercampur tanah tempat kebocoran. Makin lama makin teruk kebocoran, makin banyak tanah boleh disedut. Apa akibatnya kepada pengguna? Pengguna dapat air tanah, nasib dialah kalau tanah itu ada macam-macam...

Skin Tag

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20464083/ "Skin tags" adalah yang ketumbuhan kecil pada kulit. Ini adalah salah satu kajian berkenaan perkara ini. Kaitan ketumbuhan pada kulit dan insulin kebal (insulin resistance). Dan ia nya boleh sembuh bila kekebalan insulin dipulihkan. Petikan dari rencana pub med. Sedikit penerangan, di bawah. Perincian baca rencana penuh. *However, skin manifestations of insulin resistance (e.g., acrochordons, acanthosis nigricans, androgenetic alopecia, acne, hirsutism) offer a reliable, straightforward, and real-time way to detect insulin resistance.* Yang dalam kurungan itu ialah masalah pada kulit yang dikaitkan dengan insulin kebal. Acrochordons - ini yang tumbuh pada kulit seperti "skin tag" Acanthosis nigricans - kulit jadi kehitaman macam baldu. androgenetic alopecia - Rambut luruh, jadi nipis, hampir botak. Lelaki atau perempuan terutamanya orang eropah. acne - jerawat batu hirsutism - penyakit orang perempuan, tumbuh bulu sikit-sik...