Madu Lebah

Madu lebah itu rasa ikut pokok apa yg berbunga. Jadi rasa dia akan berubah dari tempat dan iklim yang pokok dan tumbuhan yang berbeza.

Kalau tempat itu ada pokok beracun, tak boleh makan lah madu itu, jika lebah tak mati.

Demikian juga kalau tempat pertanian yang guna racun untuk jaga tanaman, madu itu pun tercemar juga, jika lebah itu tak mati.

Madu di malaysia pokoknya caca merba, maka madunya begitu juga sifatnya.

Ada negara yg musim bunga, satu jenis saja bunga pada satu tempat, maka madunya jadi istimewa jenis bunga itu.

Pernah ayah pergi pameran "horticultural" semasa di UK, pelbagai produk pertanian. Pernah jumpa banyak jenis madu warna warni, beli satu yg warna hijau lembut, madunya cair, rasanya unik. Itu paling murah.

Jadi ada orang minat untuk cuba pelbagaian jenis madu, semacam pelbagai buah-buahan.

Tapi kadangkala selera boleh berubah dengan perubahan iklim tempat tinggal. Masa ayah duduk UK, benda masam itu sedap. Bila balik, bawa balik dengan kapalterbang ke sini dah tak sedap, walaupun tak kelihatan perubahan, baru sehari.

Arab saudi pengeksport madu. Dulu pernah beli di sunshine, tapi tak pernah beli di mekah.

Comments