Rawatan Covid dan Ubat Ivermectin
Bila kovid melanda benua Amerika dan Eropah dengan teruk pada 2020, pemerhati melihat negara maju yg punyai kemudahan kesihatan yang canggih, terkapai-kapai menangani masalah. Tetapi anihnya benua afrika yg rata-rata tidak maju serta penjagaan kesihatan yg rendah, terbiasa dengan pelbagai penyakit, kutu dan cacing, tidaklah seteruk kovid di Eropah atau Amerika.
Pemerhatian doktor perihatin bahkan mendapati tempat yg paling teruk terjejas di Eropah atau Amerika ialah rumah orang-orang tua. Tetapi tidak begitu di Afrika, walaupun tanpa penjagaan sempurna, pelitup muka dan sebagainya. Bahkan ada yg langsung tiada kes.
Ringkas cerita, para doktor perihatin mendapati mereka yg begelumang dengan penyakit cacing, dan kutu adalah kebiasaan dibekalkan dengan ivermectin. Itulah ceritanya bermula doktor perihatin mencadangkan penggunaannya. Dan ianya di buat percubaan banyak tempat yg sanggup lawan arus, bersimpati atau tidak terkawal lagi, dan hasilnya amat menggalakkan. Tetapi penggunaannya untuk merawat tidak diterima oleh banyak penguasa termasuk WHO. Bahkan sesetengahnya melarang.
Sekarang Barat dengan segala teknologi dan kemajuan teruji apakah sanggup ia terima hakikat ada penyelesaian dari negara-negara yang tidak terkenal? Mempertahan Ego?
Al-Baqarah 2:11
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah berbuat kerusakan di bumi!” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan perbaikan.”
Ayat al-quran gunakan bentuk "qi la" ertinya "dikatakan", dalam nahu Arab ialah perbuatan yg tidak diketahui pelakunya. Maknanya petunjuk kadangkala datang dari pihak yg tidak dikenali. Inilah yg orang Islam minta petunjuk setiap rakaat sembahyang nya, supaya hati sentiasa terbuka menerima petunjuk dari mana saja tanpa diskriminasi.
Asalnya Afrika tidak dikenali sebagai tempat kemajuan, apakah dunia sanggup dengan tawadhu menerima fakta yg benar atau mendustakannya?
.......
https://youtu.be/sXApSn7t4yg
Video ini membincangkan bagaimana suara doktor barisan depan tidak didengar oleh pihak berkuasa.
Rakyat biasa disuruh ikut "naratif" pihak berkuasa. Minta kesian kepada barisan hadapan, tetapi mereka tak dengar pun suara doktor barisan hadapan.
Yang kita tahu ubat-ubat "baru" seperti ivermectin dsb. adalah dari kerja doktor barisan hadapan. Tapi bila orang ramai hebahkan pihak berkuasa oloh-olokkan. Tak ada ujian RCTlah, tak cukup itu.. ini. Letak syarat yg hanya boleh dibuat oleh syarikat besar.
Kita perlu ubah polisi kerajaan perlu beri sokongan dan peruntukan untuk kegunaan ubat-ubat yg tidak boleh buat untung tapi berkesan.
Yang teruk secara mental ialah doktor barisan hadapan, pekerja barisan hadapan, orang-orang sakit.
Dunia pelik, bantuan untuk orang kaya lebih banyak, eh, eh, orang sihat, duduk saja dapat peruntukan lebih banyak dari orang sakit dan berhempas pulas.
Comments
Post a Comment