Penyaman Udara (Siri 2)

Inverter pada penyaman udara ialah teknologi motor yg digunakan untuk mengepam bendalir penyejuk. Motor itu dikawal oleh letrik DC dan inverter menukar kepada AC yg boleh dikawal kekerapan nya. Jadi teknologinya macam motor kereta atau keretapi letrik, motorletrik ini boleh dikawal kelajuannya.

Kalau motorletrik biasa ia hanya ada dua saja iaitu tutup, ia berhenti, buka, ia berputarlah ikut kekuatan bateri/letrik.

Kalau penyaman udara yg guna motor biasa, contohnya kita set suhu 25⁰C, motor itu akan hidup maksimum hinggalah suhu 23⁰C lepas itu ia berhenti. Nanti bila suhu meningkat jadi 25⁰C ia hidup balik. 23⁰ itu andaian ayah, boleh jadi lagi rendah. Jika perbezaan suhu yg di setkan terlalu dekat dengan suhu ia berhenti, alamatnya motor itu akan jalan, tutup, jalan, tutup,jalan dengan kerap. Nanti cepat rosak suisnya.

Jika yg guna motor inverter, kelajuannya dikawal elektronik, bila suhu sudah turun hingga 25⁰C ia masih boleh jalan perlahan-lahan. Dan suhu boleh dikawal dengan lebih tepat, katakan hanya 25 hingga 24.5⁰ sahaja. Jadi ini menjimatkan letrik.

.................

Nak jimat tenaga atau tidak, perlu kira. Tak boleh buat kesimpulan umum semua kuasa kuat lebih jimat dari kuasa rendah. Perlu kira bebanannya.

Kalau satu bilek itu di perbuat dari lantai dan dinding simen dengan keupayaan menyerap haba, katalah 300Watt.

Jika gunakan pendingin yg kuasa 1000W, maka keupayaan sebenar hanya 700W, mungkin sudah cukup untuk menyejukkan.

Tapi kalau menggunakan yang berkuasa 300W juga. Maka sampai bila pun dia tak akan sejukkan suhu, dan habis sahaja kuasanya.

Itu kiraan mudah, keadaan sebenar kadar penyerapan kuasa mungkin berbeza bila perbezaan suhu luar dan dalam meningkat. Tapi kalau guna yg berkuasa 2000W atau 3000W tak ada bezanya.

Nombor nombor ini hanya rekaan tetapi konsepnya begitu.

Untuk jimatkan tenaga, biasanya penebat digunakan, seperti lantai berpermaidani, dinding kayu atau dua lapis, tingkap, pintu ditutup supaya tidak bertukar angin luar dan dalam.

..............


Harga pengawal atau litar  elektronik dalam alat-alat canggih jadi mahal. Contohnya 95% harga jet pejuang adalah kelengkapan elektroniknya. Keretapi letrik boleh jadi 50%. Belum pernah jumpa angkanya untuk pendingin udara. Teknologi motor (maksud motor ini ialah alat untuk memusing, memulas) menggunakan inverter adalah baru dan digunakan dalam keretapi letrik atau kereta. Antara keistimewaannya ialah, ia boleh menyerap kembali kuasa membolehkan ia jadi brek, ini sedikit sebanyak menjimatkan tenaga pada kenderaan berat seperti keretapi.

Comments