Batas Waktu - Ajal
Al-A'raf 7:34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan saatnya atau minta didahulukan.
Ajal ialah satu tarikh waktu yang tidak boleh dimungkiri. Orang melayu hanya gunakan ini degan erti mati. Tetapi al-quran tidak hanya digunakan dengan maksud itu. Ada yang digunakan untuk waktu iddah orang perempuan, waktu dalam kandungan, waktu janji nabi Musa dan Syuaib, waktu bulan dan matahari. Cuma kita ceritakan sikit tentang yang orang Melayu faham.
Jika minta tangguh bolehlah difahami, bagaimana minta didahulukan bila waktunya sudah terlepas?
Sebenarnya ada sedikit waktu antara saat berlaku dan tanda kedatangannya. Ini boleh difahami oleh perkataan (إذا جاء) bermaksud hampir sangat dan pasti berlaku, tetapi belum berlaku. Samalah seperti kata (فإذ قرءت القران) bererti apabila kamu hendak baca quran. Maknanya sebelum membaca walaupun qara'ta (telah baca) itu kata kerja lepas.
Jadi waktu yang singkat sebelum ajal itu ada. Tetapi kenapa ada yang mahu minta didahulukan? Ajal itu ada tanda. Tentunya yang ingin didahulukan sudah dinampakkan sesuatu yang mengembirakan.
Bagaimana? Jika anda membaca al-quran banyak sekali cerita ghaib tentang akhirat. Anda sudah melihat tanda-tanda itu dengan ilmu dari kepercayaan dan bacaan anda dalam al-quran. Hadis nabi juga ada. Yang ini anda sudah nampak bertahun-tahun sejak anda mula membaca dan mengerti maksud al-quran. Biasanya yang ini tak ada siapa yang minta segerakan.
Kemudian bila sudah lebih hampir, kadang-kadang Allah mahu gembirakan orang yang beriman dan memberi tanda yang lebih menarik. Mungkin dia bermimpi melihat apa yang dibacakannya dari al-quran. Tentunya lebih menarik jika mimpinya dapat menghidu baunya.
Kita boleh dapati ada sahabah dizaman nabi dapat menghidu bau syurga dalam keadaan sedar dimedan jihad, sejurus sebelum syahid.
Mungkin orang yang semacam inilah yang minta ajalnya disegerakan. Tapi permintaan ini pun tak boleh.
Comments
Post a Comment