Kaitan COVID 19 / Wuhan Virus dengan Kebersihan
Pujian untuk Allah yg menjadikan iman dan keamanan untuk orang yg beriman.
Mengenali penyakit bawaan virus kovid.
Virus ini juga disebut sars-cov-2, berdasarkan gejalanya iaitu kesan teruk pada sistem pernafasan.
Sejak dari timbulnya, kita dapati negara pertama wabak ini, tidak membenarkan disiasat puncanya. Mereka juga berdalih dan kelihatan menyembunyikan sesuatu daripada pihak yang ingin mencari.
Jalan masuk.
Virus yg seni ini boleh terapung dalam udara. Ia tersedut melalui hidung. Untuk menyekatnya topeng digunakan. Tapi dalam keadaan tertentu orang tidak memakai topeng.
Kemudian, ia masuk dalam rongga hidung. Rongga hidung juga berfungsi sebagai penapis. Bermula dari bulu hidung yg kasar hinggalah lapisan basah yang nipis yang sebenarnya seperti bulu hidung juga tetapi terlalu halus hinggakan ia boleh memerangkap molekul air. Apabila ia berair maka ia juga memerangkap benda-benda seni lainnya seperti debu, kuman dan virus.
Dari sudut anatomi, rongga hidung ini, secara terus akan masuk kedal perut. Yakni jika ada apa-apa yg terlekat di tepi dinding akan mengalir masuk dalam perut. Asid dalam perut sudah cukup untuk membunuh kuman. Manakala saluran pernafasan adalah lencungan kehadapan, tidak akan dimasuki benda yg terlekat di dinding rongga hidung. Bentuk lencungan ini juga boleh menyebabkan sebahagian bahan asing dalam saluran pernafasan memasuki rongga mulut.
Mulut punyai banyak kawasan yg basah dan celah-celah gigi. Ini boleh menyebabkan kuman tersimpan dan membiak. Jadi amat patutlah orang bersihkan mulut sepenuhnya secara teratur. Kerana ia boleh di jangkiti melalui saluran pernafasan.
Saluran pernafasan yg melencung kehadapan menjadikan tidur meniarap tidak bagus, kerana cara begitu menjadikan saluran pernafasan terletak di bawah. Sebarang cecair boleh masuk secara graviti ke arah paru-paru.
Apabila masuk dalam rongga paru-paru, sepatutnya hanya udara bersih. Jika ada bahan asing maka masalah boleh timbul.
Dalam kes virus kovid, manusia sudah ketahui bagaimana virus ini menjangkiti manusia. Khususnya menjangkiti sel dalam rongga alveoli paru-paru.
Sejak Jun 2004 sudah diketahui https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15141377/
menyebutkan perihal pathogenesis sars-cov. Dan banyak hasil kajian mendapati perkara sama sejak itu. Iaitu virus jenis ini menjangkiti melalui kelopak ACE2.
Dari banyak kajian, didapati bahawa kelopak ACE2 ada dipermukaan banyak sel badan yang ada fungsi menyerap aktif. Terutama sel dalam paru-paru menyerap oksigen, sel usus menyerap makanan, sel dinding saluran darah yg menyerap bahan dalam darah ke sel-sel lain dibadan, sel buah pinggang yg menyerap air. Pendek kata kesemua sel dalam badan perlu menyerap paling kurang oksigen dan glukosa untuk hidup.
Jadi virus jenis korona ini boleh menjangkiti atau merosakkan hampir kesemua jenis sel badan apabila sudah masuk dalam badan.
Tetapi yg penting pintu masukknya ialah sel yang ada kelopak ACE2 yang terletak "diluar" Iaitu paru-paru, usus kecil dan deria bau dalam hidung. Tetapi kedudukan deria bau dalam hidung adalah terlindung.
Kesimpulan, untuk menjaga dari jangkitan atau menjangkiti orang lain.
1 jangan bosan guna pelitup muka.
2 jangan tidur meniarap.
3 jangan biarkan rongga hidung jadi kering kerana panas atau sebagainya dan tak mahu minum air kerana takutkan tandas.
4 Basuhlah mulut, gosok gigi. Kerana mulut juga seperti penapis, tapi tak boleh tukar ganti. Ini mengelakkan takungan kuman dan terkeluar bila anda bercakap, atau memburukkan jangkitan anda sendiri.
5 Jangan bercakap atas muka orang lain.
Tambahan, adalah kritikal selepas pengambilan swab dari dalaman hidung yg menyebabkan dinding dalamnya kering atau tercedera, anda perlu lebih berhati-hati dan gunakanlah pelitup hidung dan mulut.
Allah a'lam.
Comments
Post a Comment