Posts

Batas Waktu - Ajal

Al-A'raf 7:34 وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ  Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan saatnya atau minta didahulukan. Ajal ialah satu tarikh waktu yang tidak boleh dimungkiri. Orang melayu hanya gunakan ini degan erti mati. Tetapi al-quran tidak hanya digunakan dengan maksud itu.  Ada yang digunakan untuk waktu iddah orang perempuan, waktu dalam kandungan, waktu janji nabi Musa dan Syuaib, waktu bulan dan matahari. Cuma kita ceritakan sikit tentang yang orang Melayu faham. Jika minta tangguh bolehlah difahami, bagaimana minta didahulukan bila waktunya sudah terlepas? Sebenarnya ada sedikit waktu antara saat berlaku dan tanda kedatangannya. Ini boleh difahami oleh perkataan (إذا جاء) bermaksud hampir sangat dan pasti berlaku, tetapi belum berlaku. Samalah seperti kata (فإذ قرءت القران) bererti apabila kamu hendak baca quran. Maknanya sebelum m...

Penyakit Fizikal atau Jiwa atau Kerohanian?

Apa patut tahu tentang penyakit? Penyakit yang menimpa manusia banyak, sama ada secara fizikal, jiwa atau kerohanian. Dari yang fizikal itu, ada yang disebabkan kuman atau bahan kimia. Dunia moden ini kita sudah diperkenalkan satu makhluk yang sudah terlalu seni antara kuman dan bahan kimia, iaitu virus. Dari sudut penjagaan, kita boleh bahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, dari luar, sebelum terkena penyakit seperti jaga pakaian, dan kebersihan. Kedua, bila terkena jangkitan, ambil ubat, untuk melawan kuman Ketiga, penyembuhan untuk memulihkan badan yang rosak diserang kuman. Badan perlu dibersihkan dari sisa kerosakan atau bahan beracun yang terhasil darinya dan juga menganti sel-sel yang rosak. Untuk kesemua fasa perlu menjaga makan minum ikut keperluan, bukan ikut perasaan. Perasaan boleh jadi tidak betul kerana penyakit. Menjaga waktu rehat dan aktif. Manakala anda perlu tambahan zat tertentu untuk membantu penyembuhan atau pemulihan. Dalam sunnah, kita boleh jumpa lebih dari ...

Kaitan COVID 19 / Wuhan Virus dengan Kebersihan

Pujian untuk Allah yg menjadikan iman dan keamanan untuk orang yg beriman. Mengenali penyakit bawaan virus kovid. Virus ini juga disebut sars-cov-2, berdasarkan gejalanya iaitu kesan teruk pada sistem pernafasan. Sejak dari timbulnya, kita dapati negara pertama wabak ini, tidak membenarkan disiasat puncanya. Mereka juga berdalih dan kelihatan menyembunyikan sesuatu daripada pihak yang ingin mencari. Jalan masuk. Virus yg seni ini boleh terapung dalam udara. Ia tersedut melalui hidung. Untuk menyekatnya topeng digunakan. Tapi dalam keadaan tertentu orang tidak memakai topeng. Kemudian, ia masuk dalam rongga hidung. Rongga hidung juga berfungsi sebagai penapis. Bermula dari bulu hidung yg kasar hinggalah lapisan basah yang nipis yang sebenarnya seperti bulu hidung juga tetapi terlalu halus hinggakan ia boleh memerangkap molekul air. Apabila ia berair maka ia juga memerangkap benda-benda seni lainnya seperti debu, kuman dan virus. Dari sudut anatomi, rongga hidung ini, secara terus akan m...

Penyaman Udara (Siri 2)

Inverter pada penyaman udara ialah teknologi motor yg digunakan untuk mengepam bendalir penyejuk. Motor itu dikawal oleh letrik DC dan inverter menukar kepada AC yg boleh dikawal kekerapan nya. Jadi teknologinya macam motor kereta atau keretapi letrik, motorletrik ini boleh dikawal kelajuannya. Kalau motorletrik biasa ia hanya ada dua saja iaitu tutup, ia berhenti, buka, ia berputarlah ikut kekuatan bateri/letrik. Kalau penyaman udara yg guna motor biasa, contohnya kita set suhu 25⁰C, motor itu akan hidup maksimum hinggalah suhu 23⁰C lepas itu ia berhenti. Nanti bila suhu meningkat jadi 25⁰C ia hidup balik. 23⁰ itu andaian ayah, boleh jadi lagi rendah. Jika perbezaan suhu yg di setkan terlalu dekat dengan suhu ia berhenti, alamatnya motor itu akan jalan, tutup, jalan, tutup,jalan dengan kerap. Nanti cepat rosak suisnya. Jika yg guna motor inverter, kelajuannya dikawal elektronik, bila suhu sudah turun hingga 25⁰C ia masih boleh jalan perlahan-lahan. Dan suhu boleh dikawal dengan lebih ...

Penyaman Udara (Siri 1)

APA ITU INVERTER AIR CONDITIONER? https://youtu.be/3CFaT3C_A2E Tengok video youtube ini dulu. Baru baca komen dibawah. Inverter tu samalah seperti dia kata, iaitu menukar DC ke AC. Jadi cara kegunaan begini ialah untuk punca kuasa DC. Seperti kereta, van, bas ataupun tenaga solar. Orang tak guna inverter kalau di rumah, sebab punca tenaga ialah AC. Tak boleh nak faham apa yg dia nak cerita. Mungkin dia pun tak berapa faham sebab itu dia suruh tanya budak letrik. Kalau tukar dari AC ke DC,  orang tak kata inverter. Itu rectifier atau converter. Bab jimat letrik atau tidak itu perkara lain. Kalau mula pasang, kata suhu permulaan 30⁰C kemudian turun kepada 25⁰ dalam ½ jam, ini tentunya lebih banyak letrik. Berbanding apabila sudah stabil 25⁰ C dan pasang selama satu jam lebih. Berkenaan litar letronik, itu memang teknologi sama seperti komputer atau telefon bimbit. Tentunya mahal sebab orang tak beli penyaman udara macam beli telefon.

Tasbih Penenang Hati

Ta Ha 20:130 فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ  Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang. Perbanyakkan bertasbih untuk menenangkan diri. Termasuklah dalam keadaan rasa susah hati, hingga rasa tenang atau tak boleh tidur hingga lelap. Atau sebut nama Allah banyak-banyak bila berharap sesuatu dari Nya. Aal-e-Imran 3:41 قَالَ رَبِّ ٱجْعَل لِّىٓ ءَايَةًۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًاۗ وَٱذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِبْكَٰرِ  Dia (Zakaria) berkata, “Ya Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman, “Tanda bagimu, adalah bahwa engkau tidak berbicara dengan ma...

Apa Itu Rabb ??

Apa itu rabb? Al-Fatihah 1:2 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam Inilah terjemahan yang biasa kita ketemui. Rabb (رَبّ)diterjemahkan sebagai Tuhan. Apakah "Rabb" dan "tuhan" itu sama erti? Yang dimaksudkan rabb dalam ayat ini adalah Allah jelas dan terang. Yakni Allah itu rabb. Tetapi sebaliknya rabb belum tentu Allah. Apabila ada dua perkataan yang berbeza tetapi merujuk kepada perkara yang sama apakah kedua-dua perkataan itu sama? Belum tentu. Contoh lain, cikgu dan manusia. Semua cikgu adalah manusia, tetapi tidak boleh dikatakan semua manusia adalah cikgu. Bagaimana jika kita terjemahkan kebahasa lain yg tidak mengenalinya. Apa kata bahasa kucing, banyaknya "meow-meow"! Kita berkata, "cikgu mengajar di sekolah". Tetapi kita tidak katakan "manusia mengajar di sekolah". Anda fikirkan sendiri kenapa. Tetapi terfikirkah kena dikatakan "ربّ العٰلمين" bukannya "إلٰه العٰلمين...