Penyakit Fizikal atau Jiwa atau Kerohanian?
Apa patut tahu tentang penyakit?
Penyakit yang menimpa manusia banyak, sama ada secara fizikal, jiwa atau kerohanian. Dari yang fizikal itu, ada yang disebabkan kuman atau bahan kimia. Dunia moden ini kita sudah diperkenalkan satu makhluk yang sudah terlalu seni antara kuman dan bahan kimia, iaitu virus.
Dari sudut penjagaan, kita boleh bahagikan kepada tiga peringkat.
Pertama, dari luar, sebelum terkena penyakit seperti jaga pakaian, dan kebersihan.
Kedua, bila terkena jangkitan, ambil ubat, untuk melawan kuman
Ketiga, penyembuhan untuk memulihkan badan yang rosak diserang kuman. Badan perlu dibersihkan dari sisa kerosakan atau bahan beracun yang terhasil darinya dan juga menganti sel-sel yang rosak.
Untuk kesemua fasa perlu menjaga makan minum ikut keperluan, bukan ikut perasaan. Perasaan boleh jadi tidak betul kerana penyakit. Menjaga waktu rehat dan aktif. Manakala anda perlu tambahan zat tertentu untuk membantu penyembuhan atau pemulihan.
Dalam sunnah, kita boleh jumpa lebih dari satu hadis nabi yang memberitahu setiap penyakit ada ubatnya, dan hadis lain menyebut penawarnya. Apa beza ubat dan penawar? Secara mudah kita boleh katakan ubat ialah untuk melawan penyakit, seperti kita sebut di atas untuk fasa dua. Manakala penawar adalah untuk membantu mempercepatkan mengembalikan kesihatan seperti asal, ini fasa ketiga.
Banyak penyakit yang melibatkan kuman bersaiz besar biasanya akan terhad ditempat jangkitan. Tetapi apabila masuk kesalur darah ia akan menjadi parah. Jadi untuk kesemua ubat, ianya perlu dari peringkat awal barulah berkesan. Tetapi virus adalah kuman bersaiz kecil dan lazim masuk dalam salur darah dan ia amat halus tidak seperti kuman besar, contohnya bakteria, yang boleh bergerak. Bahkan kulat pun dikira seperti bergerak secara terhad sebab ia boleh tumbuh.
Virus yang seni ini hanyut dalam salur darah dan boleh melekat kerana bersentuhan dengan sel. Ia tidak boleh berenang. Khusus untuk virus korona, telah diketahui lebih sedekad, ia melekat kepada satu kelopak sel yang sebagai ibu kunci kepada sel. Apabila ia melekat di situ, virus boleh masuk ke dalam sel memulakan jangkitan. kelopak ini dilabel sebagai "ACE2 receptor".
Anda boleh bayangkan sendiri di mana ada salur darah, disitu virus boleh berjangkit dan merosakkan sel. Maka gangguan pada salur darah bermakna bahagian badan itu tidak dapat menerima zat untuk hidup yang dibawa melalui salur darah, demikian juga sisa tak dapat dikeluarkan. Inilah padah bila kuman masuk dalam salur darah.
Tetapi, sejak zaman berzaman demam virus adalah begitu sifatnya. Apabila masuk dalam salur darah bahagian pertahanan badan adalah lebih aktif, sel darah puteh dari pelbagai jenis akan membersihkan virus ini. Jadi dalam lebih kurang seminggu anda deman, virus sudah dapat dihapuskan. Dan badan anda masuk fasa ketiga memulihkan yang rosak dan membuang sisa kerosakkan. Selagi bahagian badan yg rosak belum pulih and akan menjadi tanda sakit. Jadi perlu diingat walaupun kumannya sudah tiada anda masih merasa sakitnya. Memberi ubat pada peringkat ini adalah sia-sia. Anda perlukan penawar dan penjagaan zat.
Oleh kerana banyak kajian sekian lama telah dibuat, contohnya sudah ada peta dimana banyaknya kelopak ACE2. Kelopak ACE2 adalah sejenis protein yang tumbuh didinding sel. Peta nya boleh dilihat di sini
https://www.proteinatlas.org/ENSG00000130234-ACE2/tissue
Rumusan peta: dari tempat yang banyaknya, ialah pintu masuk pertama jangkitan ialah nasophyrnx dan bronchus iaitu bahagian dari paru-paru. Jika ini teruk anda mengalami masalah pernafasan. Bila masuk dalam salur darah ia boleh bertumpuk di usus yang menyebabkan anda sakit perut. Pankreas boleh merosakkan kawalan gula dalam darah. Buah pinggang, organ jantina. Semua ini boleh terganggu atau rosak jika terlalu lama.
Hati dan limpa tidak kita kira sebab itu tempat simpanan atau kitar semula.
Jadi berubat penyakit adalah mengejar masa.
Apa yg menjadikan kovid wabak, tidak seperti virus selsema ialah kerana s-protein yang ada pada virus adalah teramat mudah melekat pada kelopak ACE2. Dan ada variant dari kovid lebih kuat tahap melekitnya maka menjadikannya lebih mudah untuk berjangkit.
Maklum dari hadis nabi, penyakit ada ubat atau penawarnya. Masalah orang tahu apakah ubatnya adalah perkara lain. Bagi orang Islam yg mendakwa percaya atau beramal dengan sunnah nabi maka hendaklah dicari ubatnya jika tidak tahu. Jika tidak, maka satu hadis nabi sudah diabaikan. Jika ada segolongan yang melakukannya maka fadhu kifayahnya terlepas. Kita tidak boleh harapkan orang bukan Islam sebab mereka tidak percayai nabi. Tetapi jika ada antara mereka membuatnya, kita patut menerimanya kerana mencari ubat tidak semestinya kita yang jumpa dahulu. Biarlah siapapun yang jumpa dahulu tetapi mencari ubat sudah tercapai.
Apakah vaksin ubat? Apa yang telah kita jelaskan, ubat ialah untuk melawan kuman. Manakala penawar ialah untuk memulihkan menghilangkan keracunan sebab jangkitan. Oleh itu, vaksin bukanlah ubat dan bukan penawar. Ia adalah manipulasi kimia atau biologi yang menjadikan penyakit tiruan dengan harapan badan boleh mengenalinya untuk waktu hadapan.
Dah tak ada ubat, masuk hospital untuk apa? Masuk hospital itu rawatan simptomatik, iaitu merawat tanda-tanda bukan punca bukan melawan kuman. Contohnya orang sesak nafas bagi oksigen pekat. Kalau sakit deman terlalu panas beri ubat demam. Kalau tidak, kurung saja orang itu hingga demamnya reda. Bagi lembut sikit kita kata kuarantin. Tapi jika hospital penuh suruh diam di rumah.
Jika seseorang itu lama demamnya, dalam fasa ketiga, iaitu pemulihan, keadaannya masih tegang (kritikal). Badan yang banyak kerosakkan boleh dijangkiti penyakit lain. Ini sering berlaku jika pihak penjagaan tidak sensitif. Atau kadang-kadang kaedah rawatan menggunakan kaedah berbahaya yang mudah tersilap. Contohnya di India, kita dengar ada kalangan pesakit kovid menghadapi serangan kulat (fungi) hitam. Mereka gunakan steroid dalam rawatan.
Memang kerja merawat ini satu cabaran. Apabila reaksi badan berkebihan, mereka gunakan steroid untuk mengurangkannya, tetapi tempohnya kritikal sebab itu juga melemahkan badan. Kovid yg menyerang pankreas menyebabkan paras gula naik, juga kovid menyerang paru-paru menurunkan paras oksigen, dan kovid mennganggu angiotensin menyebabkan darah tinggi dan salur darah sempit atau darah beku, semua ini menyuburkan kulat untuk membiak sebagai jangkitan baru. Semua ini rawatan simptomatik.
Kita tanya lagi mengapa tak cari ubat? Nabi bukan diutus untuk menjadi doktor perubatan. Tapi apabila ada hadis nabi, maka itu patut dijadikan prinsip perkiraan dalam hidup kedoktoran. Tetapi dunia perubatan bukan dikuasai oleh Islam. Mereka tidak terikat dengan sunnah nabi. Siapa yang sanggup perjuangkan sunnah nabi dari sudut ini? Doktor-doktor Islamlah, atau yang ada pada bidang ini.
Penyakit manusia banyak, bukan sahaja fizikal tetapi juga jiwa atau kerohanian. Dan tiada had jumlah penyakit satu orang pada satu masa. Kita maklum penyakit haloba dunia ada, yang kita sangka itu penyakit peribadi hanya untuk majlis tazkirah orang Islam sahaja. Apakah pernah kita ambilkira apa tanda-tanda (penyakit) haloba dunia? Tidak jujur, korup, dan banyak lagi.. tak ada masalahkah perkara ini?
Mengenai ubat. Sesiapa (hanya) perhati perkembangan kawalan wabak tentu boleh melihat pertembungan kisah antivaksin dan antiubat. Mungkin ini kali pertama anda jumpa istilah antiubat. Oleh kerana ramai yang kena label antivaksin itu kurang pengetahuan sains, hujjah mereka tidak ke mana. Lawan mereka lebih banyak ilmu sains, kewangan dan pengaruh tentunya tak boleh dikalahkan. Tapi ini tidak bermakna mereka golongan sihat. Penyakit jiwa dan kerohanian tiada siapa yang membicarakan.
Kita tidak minta orang masuk kedalam mana-mana puak anti ini, antivaksin atau antiubat. Cuma kita perlu tahu antiubat lebih buruk dari antivaksin dan lebih tersembunyi. Antivaksin boleh ditakutkan oleh "kemungkinan", kemungkinan bawa mudarat kepada orang lain. Tetapi antiubat tidak takut jika orang-orang mati kerananya.
Mereka ini menggunakan sains dan kajian. Penyakit haloba dunia lebih dikenali sebagai korupsi bila dipakai dalam membicarakan orang berkuasa atau politik, tetapi tidak bermakna orang yang diberi kepercayaan kerana sains terlepas dari masalah yang sama. Berlaku tidak adil secara saintifik.
Sampai sekarang berbilion peruntukan diberi kepada vaksin. Ini bukan ubat, tidak ada hadis setiap penyakit ada vaksin. Ini pendapat orang barat bukan berdasarkan hadis nabi tetapi atas perkiraan ekonomi. Rekaan baru lebih menguntungkan dari sesuatu yang sedia ada. Dan pasaran untuk vaksin adalah lebih besar dari ubat, berganda-ganda. Orang perseorangan atau sekelompok kecil orang awam tentunya tidak setara untuk behadapan dengan kerajaan dan syarikat-syarikat besar.
Pengunaan vaksin sebenarnya telah berjaya dari sudut pencegahan beberapa penyakit. Tetapi vaksin tradisional tidak dapat menghapuskan penyakit, kenapa? Paling kurang mereka terpaksa menternak penyakit itu kemudian diproseskan untuk membuat vaksin. Jika penyakit terhapus, vaksin itu tidak ada faedahnya. Jadi pihak yang tidak mahu vaksin kemudian terkena penyakit sebenarnya memberi iklan mudah kepada penggunaan vaksin tersebut. Jadi kita tidak tahu "puak" antivaksin itu benar-benar antivaksin atau diperalat untuk penerusannya. Ini memerlukan kejujuran dalam kerja, orang yang tidak korup.
Dikalangan pejuang sunnah, ada biasa kena tuduh "wahabi" walaupun tak ada kena mengena dengannya. Jadi antivaksin lebih banyak tuduhan dari sebab-sebab mengapa ada orang tak ingin vaksin-vaksin tertentu atau kerana cara-cara ianya diberi.
Pertentangan agensi pengawalan penyakit terhadap calun-calun ubat seperti ivermectin. Pihak kawalan penyakit serata dunia banyak tertakluk kepada badan kesihatan sedunia WHO. Agensi-agensi kerajaan ini adalah dibawah kawalan dan peruntukkan negara-negara masing-masing. Tetapi WHO sepatutnya tidak tertakluk kepada mana-mana negara. Tetapi dari mana ia boleh dapatkan peruntukkan dan aktivis untuk mengerakkannya? Jawabnya dari sumbangan negara-negara, atau korporat besar. Maka ini boleh dpengaruhi atau mainan kuasa besar dalam politik atau orporat antarabangsa. Korporat besar yang punyai sumber lebih besar dari kebanyakan negara dunia ketiga. Yang jelasnya polisi mereka tidak terikat dengan Islam. Mereka semua tidak menggalakkan menggunakan ivermectin. Bahkan pakatan vaksin gavi membuat iklan berbayar antiivermectin di youtube beberapa negara. Gavi juga bekerjasama dengan projek nantuan COVEX oleh WHO. Untuk apa ujudnya satu pakatan vaksin, sedangkan pihak berkuasa serata dunia rata-rata provaksin patuh WHO?
Korupsi dalam penyelidikan dan kajian. Untuk mengetahui lebih dalam, kita patut lihat juga penerangan pihak satu lagi. Awal tahun 2020, sebahagian doktor barisan hadapan kovid di US menggunakan hydroxychloroquine, HCQ dalam rawatan. Tetapi bila ianya disebut oleh presiden Trump waktu itu ia jadi bahan momokan media perdana Amerika. Oleh kerana Trump adalah jenis cakap lepas, banyak perkara jadi momokan bila dicakapkan olehnya.
Dalam lapuran kajian, anda perlu baca bukan sahaja kesimpulan tetapi cara kajian dilakukan. Seperti yg anda baca diawal tulisan ini, sesuatu ubat yg melawan penyakit mesti secepat mungkin bila ada jangkitan, apabila sudah parah, tidak ada guna lagi, kerana orang yg tenat itu sakit bukan kerana kuman tetapi kerana kerosakan yg dialaminya. Beginilah caranya, banyak kajian tentang HCQ pada waktu itu dijalankan oleh pusat rawatan di USA. Mereka berikan untuk orang di ICU dan melapurkan sebagai gagal. Maka keluarlah lapuran HCQ tidak berkesan. Maka ini sebenar satu kajian yg dibuat secara saintifik tetapi tidak jujur. Doktor barisan hadapan ini berhadapan bukan saja dengan penyakit tetapi pihak berkuasa yang dipengaruhi syarikat berkepentingan.
Gabungan doktor-doktor ini kemudian membuat pemerhatian kepada kes-kes serata dunia. Mereka mengkaji bukan setakat tempat kerja sahaja. Mereka cuba cari sebab kenapa kes dibenua Afrika tidak merudum teruk secepat dibenua eropah atau Amerika. Inilah mereka buat penemuan ivermectin. Beberapa kajian kemudiannya dibuat dibeberapa tempat. Oleh kerana kegawatan ada pihak kawalan penyakit (CDC) tempatan yang melonggarkan peraturan seketika. Atau ada pihak yang memberanikan diri melanggar arahan atasan, seperti beberapa tempat di Amerika Selatan. Hasilnya memberangsangkan, berkesan.
Tetapi semua kajian tersebut dibisukan oleh WHO. Yang mereka perbesarkan ialah kajian tidak menyeluruh. Mereka letakkan syarat kajian yang hanya boleh dibuat oleh syarikat besar.
Kemudian apa jadi? mereka dilonggokkan bersama puak antivaksin. Tetapi ada hasilnya, pihak CDC US berlembut, kami tidak menggalakkan dan tidak melarang penggunaan ivermectin. Tetapi hospital tertentu di US ada yg tetap berkeras, tidak mahu gunakannya hingga ada kes yang dibawa ke mahkamah. Walaupun kes itu menang, hospital masih berkeras tetapi kemudiannya benarkan doktor luar untuk berikan. Tahukan anda itu hanya untuk berikan dua kali ivermectin, lebih kurang empat biji.
Mereka itu bukan Islam, jadi kita ni yang Islam tahu hadis nabi penyakit ada ubatnya, apa usaha, apa belanja, apa sumbangan pemimpin Islam?
Oh rumitnya perang lawan siapa ni? Saya cuba hafal surah al-anfal ceritanya tentang perang tetapi saya pelik kenapa amat banyak disebut Allah amat mendengar dan mengetahui. Sepatutnya disebut Allah maha gagah perkasa menolong orang beriman. Tapi sekarang saya faham.
Comments
Post a Comment