Posts

Showing posts from September, 2022

Korupsi - Pembersihan Hati

Korupsi perkataan. Korupsi diambil dari perkataan Inggeris, "corruption". Ia bererti sesuatu yg tercemar, menjadi rosak tapi tidak hancur. Masih berfungsi tetapi ada perkara yang tidak berfungsi. Kita lihat korupsi perkataan "tentatif". Perkataan ini diambil dari perkataan inggeris "tentative", ia adalah kata sifat yang bererti sifat "belum tentu".  Tetapi ramai orang menggunakannya dalam bahasa Melayu dengan erti "jadual" atau "aturcara". Ianya tidak lagi memberi makna sifat, bahkan jadi kata benda. Bahasa pertuturan (orang) agak anjal dalam menggunakan kata sifat sebagai kata benda. Jika seekor kucing mempunyai corak bertompok-tompok, orang boleh memanggil kucing itu "tompok". Jadi, sifat itu berubah menjadi kata benda, iaitu nama khusus kucing tersebut. Dalam penggunaan biasa yang berbahasa inggeris, dalam merancang sesuatu majlis mereka buat cadangan kepada aturcara, yang belum pasti, mungkin berubahq, dikatakan ...

Pemakanan

Zaman loni, banyak juga pertikaian tentang pemakanan. Orang kena timbang sendiri. Kena ikuti perkembangan semasa. Ada perkara yg dulu orang percaya begitu-begini tak lagi macam tu. Kadang-kadang terbalik. Dulu orang faham semua lemak tak bagus. Sekarang tak lagi, bukan semua. Bahkan ada yang perlu. Ada orang percaya kolesterol tak bagus. Tapi sekarang orang dapati itu fikiran singkat. Sama seperti banjir, lalu orang kata air tak bagus. Kesimpulan yg salah. Kemudian orang kata garam menyebabkan darah tinggi. Kurangkan makan garam. Tapi ini pun seperti kambing hitam. Garam pula yg kena sedangkan darah tinggi itu hanya kesan yg lama terhadap banyak benda yang tak betul dalam pemakanan. Lagi orang kata gaut tak boleh makan daging kerana ada purin, menyebabkan asid urik.. Lagi kencing manis.. lagi sakit buah pinggang.. hati.. macam-macam nak senaraikan. Semuanya jenis penyakit kerana jangka panjang (kronik). Air pun kalau menitik batu, akan lekuklah batu itu. Orang lebih kenali ini sebagai ...

Betik

Betik manis, tak ada langsung kesan dari bau getah dia yg tak sedap ketika dikoyak/kupas. Kalau nak jual agak cerewet, sebab buah mudah cedera. Kalau dia masak, tempat yg tertindih akan rosak dulu. Yang nampak ada lekuk pada buah ialah kerana tangkai buah sebelumnya, dipokok tidak dibuang. Kemudian getah dia berbau tak sedap (busuk). Getah berbau bila masih cair atau kerana buah naik kulat. Tapi bila dibuang kulit, dan makan tak ada langsung bau tak sedap. Tapi ada variasi. Ada yg bau wangi ketika dimakan. Sebenarnya bau wangi dan busuk ini tidak mutlak. Orang ketemui dalam bunga melur ada dua bahan kimia, satu wangi dan satu busuk. Dua-dua ini perlu berimbang. Jika yg busuk itu dibuang, ia tidak sewangi yg asalnya. Perlu ada sedikit bahan yg busuk itu.

Perkara Tidak Tahu

Yunus 10:1 الٓرۚ تِلْكَ ءَايَٰتُ ٱلْكِتَٰبِ ٱلْحَكِيمِ  Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an yang penuh hikmah. Tiga huruf pertama, orang kata "Allah lebih tahu". Tapi sebenar seluruh ayat pun Allah lebih tahu. Mari kita lihat apa kita tahu tentang perkara ini. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kitab yang penuh hikmah. Tetapi kenapa orang gemar fokus kepada perkara yang tidak tahu? Sebenarnya banyak perkara dalam hidup ini kita tidak faham, kita laluinya, tidaklah kita terhenti kerananya. Juga tidak kita berhenti kerananya. Kita tidak perlu faham dan tahu semua perkara dalam kehidupan. Tidaklah kita jadi tercela dalam perkara-perkara seperti ini, tidak perlu malu kerananya. Orang cuba menafsir huruf-huruf itu ikut kaedah yang diketahui, tentulah gagal. Tapi kita boleh memilih untuk tidak menafsirkannya, dan ambil yang sudah jelas tentangnya. Kita berpuas hati bahawa Allah hanya memberitahu setakat itu saja. Tidak perlu fahum ikut kehendak kita. Kitab (al-quran) te...

Mengenal Allah, sebahagian dari mengenal dan membaiki diri dan hubungan sesama manusia

Mengenal Allah, sebahagian dari mengenal dan membaiki diri dan hubungan sesama manusia. Al-An'am 6:136 وَجَعَلُوا۟ لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ ٱلْحَرْثِ وَٱلْأَنْعَٰمِ نَصِيبًا فَقَالُوا۟ هَٰذَا لِلَّهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَٰذَا لِشُرَكَآئِنَاۖ فَمَا كَانَ لِشُرَكَآئِهِمْ فَلَا يَصِلُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَا كَانَ لِلَّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَىٰ شُرَكَآئِهِمْۗ سَآءَ مَا يَحْكُمُونَ  Dan mereka menyediakan sebagian hasil tanaman dan hewan (bagian) untuk Allah sambil berkata menurut persangkaan mereka, “Ini untuk Allah dan yang ini untuk berhala-berhala kami.” Bagian yang untuk berhala-berhala mereka tidak akan sampai kepada Allah, dan bagian yang untuk Allah akan sampai kepada berhala-berhala mereka. Sangat buruk ketetapan mereka itu. Bahagian untuk Allah tak sampai kepada Allah. Al-Hajj 22:37 لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُحْسِنِينَ  Dagin...

Nilai Dalam Hidup

Al-'Ashr 103 وَٱلْعَصْرِ  Demi masa, إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ  sungguh, manusia berada dalam kerugian, إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ  kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Dalam ugama, nilai terletak pada iman dan amal salih. Nilai tidak terletak pada keadaan atau sifat seseorang. Seringkali nilai yang digunakan oleh orang ramai tidak selaras dengan ugama. Keadaan atau sifat seseorang seperti kaya, miskin, cerdik, bodoh menjadi nilai masyarakat. Sedangkan dalam agama beriman dan amal salih patut jadi nilaian. Jadi lebih patut untuk suka kepada keimanan dan amal salih. Serta benci kepada kekufuran dan amal yang buruk. Tidak patutlah kaya dan cerdik menjadi kesombongan. Juga tidak patut dirasa hina kerana miskin dan bodoh. Dalam keadaan salah nilai, masyarakat menjadikan kaya dan cerdik sebagai k...

Makna-Makna Merdeka

Harta bukan kebendaan. Dalam undang-undang semasa ada istilah "harta intelek", biasanya ini merujuk kepada "patent", "tanda dagang", "hakcipta" dan seumpamanya. Perkara yg diperundangkan ini hanya berada pada minda dalam bentuk ilmu dan ingatan.  Yang bersangkutan dengan perniagaan yg boleh menjadi harta kebendaan juga. Menyimpan sesuatu benda memerlukan ruang. Bilik kecil tentunya ruangan terhad dan boleh penuh. Tetapi harta bukan kebendaan disimpan dalam minda, yang tidak kelihatan sempadan. Apa-apa yang bernilai, katakan, disimpan dalam hati. Bila penuh ia melimpah dalam dada. Adalah mudah melihat apa yang tersimpan dalam bilik. Apa yang bernilai untuk seseorang bergantung kepada kehidupan dan masa. Sampah orang kaya mungkin khazanah untuk orang miskin.  Tetapi apa yang tersimpan dalam hati atau dada manusia tiada siapa yang nampak melainkan Allah. وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (Al Mulk 6...

Harta Bukan Kebendaan

Harta bukan kebendaan. Dalam undang-undang semasa ada istilah "harta intelek", biasanya ini merujuk kepada "patent", "tanda dagang", "hakcipta" dan seumpamanya. Perkara yg diperundangkan ini hanya berada pada minda dalam bentuk ilmu dan ingatan.  Yang bersangkutan dengan perniagaan yg boleh menjadi harta kebendaan juga. Menyimpan sesuatu benda memerlukan ruang. Bilik kecil tentunya ruangan terhad dan boleh penuh. Tetapi harta bukan kebendaan disimpan dalam minda, yang tidak kelihatan sempadan. Apa-apa yang bernilai, katakan, disimpan dalam hati. Bila penuh ia melimpah dalam dada. Adalah mudah melihat apa yang tersimpan dalam bilik. Apa yang bernilai untuk seseorang bergantung kepada kehidupan dan masa. Sampah orang kaya mungkin khazanah untuk orang miskin.  Tetapi apa yang tersimpan dalam hati atau dada manusia tiada siapa yang nampak melainkan Allah. وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (Al Mulk 6...