Posts

Siapa Tuhan Kamu

Siapa tuhan kamu? من ربك Salah satu soalan kepada ahli kubur. Soalan yang diketahui dari hadis nabi. Tak ada orang mati yang hidup balik yg dapat beritahu pengalamannya. Akan tetapi menjawabnya bergantung kepada keadaan hidup seseorang. Cuba kita lihat beberapa keadaan dalam kehidupan. Apa jawapan anda, ketika sedang menulis, pen anda dilarikan, kemudian seorang datang tanya, siapa tuhan kamu? Apakah anda ada angin untuk menjawabnya, atau anda lebih dahulu mahu bertanya tentang pen yg diambil tadi? Mungkin menimbulkan rasa marah. Kemahuan untuk menjawab banyak bergantung dengan keadaan semasa anda dan keadaan orang yang bertanya. Dalam suasana kelas pembelajaran, guru lebih bersedia menjawab pertanyaan murid. Dalam keadaan dramatik, traumatik, tragik tidak dapat dijangka. Contoh lebih teruk ialah jika anda sedang memandu, tiba-tiba ditahan, kemudian anda disuruh keluar dan kereta anda dilarikan. Anda ditinggalkan, orang disekeliling tak buat apa-apa untuk menolong. Beberapa ketika anda...

Benih Genetically Modified (GMO)

https://youtu.be/ljthwaFUW1k Disebabkan mengejar keuntungan, pengeluar mahu hasil yang tahan lama dan kelihatan cantik, mereka dapati hasil yang tidak matang, tidak cukup zat. Pengguna sejagat mendapat hasil yang kurang pelbagaian (bio diversity) menyebabkan manusia sejagat jadi kurang kepelbagaian. Dan mereka boleh dijangkiti penyakit yang sama secara global. Mereka juga terjebak perkara tidak adil dalam mendapat keuntungan. Boleh tengok video beza seperti langit dan bumi harga syarikat induk jual, dengan harga mereka bayar kepada petani. Ada NGO persatuan kokopelli yang bertindak menjual biji-bijian yang perbagai tanaman pertanian untuk menjaga kelpelbagaian (bio diversity). Mereka dari Perancis tapi kadangkala mereka kena saman sebab EU ada senarai terhad yang boleh dijual. Mereka jual online keseluruh dunia.

Sempadan Mental

Image
"Kereta biru ada 3 buah". ......... Eh, kenapa nampak biru saja? Putih? Ini "sempadan mental". Tanpa sedar atau sebaliknya, ia tidak disebut. Biasa berlaku dalam pertuturan. Kadang-kadang boleh jumpa al-quran pun begitu. Jadi orang yg memerhati perlu perhatikan bagaimana orang yg beritahu maksudkan, tidak terus buat kesimpulan. Kerana "perkiraan" orang yg bercakap tidak sama dengan orang yg mendengar. Umpamanya Allah sebut kiamat itu dekat.  Al-Ahzab 33:63 يَسْـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا  Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari Kiamat. Katakanlah, “Ilmu tentang hari Kiamat itu hanya di sisi Allah.” Dan tahukah engkau, boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat waktunya.

Al Baidha - Tanah Yang Gersang Menjadi Subur, Tanda Akhir Zaman?

https://youtu.be/T39QHprz-x8 Al-baidha 50km dari Mekah, masih dalam negeri Mekah. Sebenarnya kawasan Mekah ada cukup bekalan air hujan untuk, pokok tanaman tumbuh subur. Tetapi sebab manusia tidak menjaga alam sekitar, 95% air hujan masuk ke laut. Jadi ini petanda akhir zaman, negeri mekah akan kembali menghijau. Apabila manusia mengambil langkah, menjaga, menakong, melambatkan aliran air dari kembali ke laut. Projek al-baidha mendapati kawasan yang hampir tiada hujan dari tahun 2017, 2018 kemudian hujan 2019 boleh pulih. Benarlah sejak zaman nabi lagi. Kerusakkan di bumi menyebabkan tanah subur jadi gersang. Ar-Rum 30:41 ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ  Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Allah tidak akan...

Tazkirah Maut

Ada orang bagi tazkirah maut. Orang mati yang ditanya dalam kubur, dia menjawab dengan hati, iaitu ruhnya bukan lagi dengan mulut fizikalnya. Siapa tuhan kamu? Ramai orang Islam sudah tahu dan hafal, boleh jawab dengan mulut. Tetapi pernahkah cuba menjawab dengan hati, cuba perhatikan. Kalau anda didatangi satu orang kemudian ditanya satu perkara apa yang berlaku dalam hati anda? Sebelum orang itu bertanya, hati anda sudah berkata "siapa orang ini", "pelik nampak", "oh nak tanya itu", ... semua ini kemungkinan yang berlaku dalam hati. Hanya keluar dimulut ialah berkaitan dengan apa yang orang itu tanya. Yang dalam hati tidak keluar. Selepas orang itu pergi, mungkin ada lagi, "Eh cepatnya, bla. bla.." Itu rupa bercakap dengan mengunakan hati, kalaulah semuanya boleh dengar. Bagaimana kalau ditanya dengan perkara yang kita tidak yakin? Sebelum keluar dimulut, walaupun sedetik, hati mungkin sudah berkata macam-macam, "ada orang kata begitu, tap...

Air dan Kesihatan (1)

Air dan kesihatan 1  وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ  dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup dari air; - petikan dari Al-Anbiya 21:30 1: Air mengisi ruang dan memperkuatkan struktur. Kita biasa lihat daun-daun layu, terkulai apabila pokok-pokok tidak cukup air. Buah labu nampak keras walaupun mengandungi 90% air, ia tidak berair. Demikian jugalah manusia, otot2 79% air. Jantung dan otak 73% air. Kulit 64%.  Tulang pun 31% air. Manusia boleh turun berat badan yg banyak jika ia kekeringan air. Tetapi kadar kepekaaan kering antara anggota badan tidak sama, tekak lebih cepat terasa kering dan dahaga. Ini menyebabkan orang meminum air sebelum memudaratkan badan. Tetapi jika kekurangan air berlaku secara perlahan-lahan yg amat lama, kesannya mungkin tidak terasa, walaupun boleh dilihat. Seperti orang yang amat tua sampai kecut dan kurus. Ini dianggap proses penuaan. Dari segi yang lebih luas, proses penuaan melibatkan banyak perkara, bermula dari kurang rasa ...

Al-Quran Kitab Kerohanian (1)

Al-Quran Kitab Kerohanian (1) Kerohanian yang dimaksudkan ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan bukan alam fizikal atau kebendaan. Ia termasuklah perkara berkaitan dengan hati, tabiat manusia, perasaanya, pemikirannya. Apa yang ditanggapinya bahagia atau sebaliknya. Juga berkait dengan alam ghaib seperti hari akhirat bahkan juga ada hubung kait dengan ketuhanan dan hubungan sesama manusia lain. Yang mendorongnya jadi bersemangat, lesu dan seumpamanya. Permulaan dengan surah Al-Fatihah, merakamkan manusia perlukan pertunjuk. Ini adalah satu sudut kerohanian. Petunjuk bukanlah satu "benda". Kemudian permulaan surah al-Baqarah, petunjuk dikaitkan dengan ketakwaan. Ketakwaan ialah sesuatu dalam hati seperti maksud hadis nabi. ( التقوى هاهنا ) Takwa itu di sini, sambil menunjukkan ke dadanya. Hati itu bukanlah hati fizikal, tetapi isyarat kepada jiwanya iaitu perkara kerohanian juga.