Posts

Penyediaan Kuali Baru

Penyediaan kuali baru. Orang tak gunakan lagi kuali tak melekat sebab teflon yg digunakan untuk membuatnya tidak melekat boleh hilang, terkupas atau melewap. Melewap berlaku secara kecilan bermula dengan 60°C dan boleh rosak terus jika sampai 500°C. Wap ini sebatian flourine adalah berbahaya. Biasanya yang dibuat dgn aluminium, jika lapisan teflon sudah hilang tak selamat lagi diguna. Pilihan lain dari kuali tak melekat ialah antaranya kuali besi tumpat (berat), kuali keluli karbon (sederhana), kuali keluli tak karat?, keluli batu granit (mahal). Untuk kuali besi tumpat atau keluli karbon ianya perlu di proses sebelum digunakan supaya tidak melekat, dan tidak berkarat. Kuali jenis ini yang baru, disalut dengan lilin lebah, basuh dahulu sebelum guna. Kemudian gunakan minyak panas untuk "lusuhkan" (season). Contoh seperti video. https://youtu.be/S5pTGUBVy8Q Jika dibasuh disental dengan berus keluli, lapisan yg terbentuk boleh hilang dan proses yang sama boleh dibuat semula. Min...

Bala & Pengalaman

Al-A'raf 7:133 فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلْجَرَادَ وَٱلْقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَٰتٍ مُّفَصَّلَٰتٍ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ  Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak dan darah (air minum berubah menjadi darah) sebagai bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa. Ini berlaku zaman nabi Musa. Maknanya Nabi Musa dan orang yang beriman turut sama terkena. Tetapi pengalaman ini menunjukkan cara ini tidak berjaya menyedarkan manusia. Jadi kita berpandangan Allah tidak akan menggunakan cara yang sama untuk menyedarkan manusia. Begitulah kita melihat cubaan Allah datang dalam bentuk-bentuk yang berbeza sepanjang zaman. Kegagalan ini dilihat begini: walaupun ditimpa bala, mereka "fastakbaru", mereka jadi takbur pula. Bukan nak merendah diri dengan Allah, bahkan firaun arah saja Nabi Musa berdoa pada Allah, seolah-olah jadi orang suruhan dia pula. Al-A'...

Musyrikin Moden

Musyrikin moden Al-Jatsiyah 45:23 أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan "ilmu", dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah, Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?  Perkataan (هوىه) diterjemah melayukan sebagai hawa nafsunya, sedangkan perkataan "hawa" itu samalah dengan arabnya, cuma ada tambahan "nafsu". Ini pun asal bahasa arab. Jadi terjemahannya meminjam dua perkataan arab juga. Jika kita terjemahkan dua perkataan ini "hawa nafsu", ianya bererti "keinginan diri". Orang arab juga gunakan "hawa" untuk memberi maksud udara atau ikli...

Khutbah Raya 1441H / 2020 Masihi

Raya 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masihi الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا اياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون. لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعزّ جنده وهزم الاحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين Aali-Imran 3:102 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ  Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim. Sidang jamaah sekelian, Alhamdulillah kita telah selesai ibadat puasa sebulan ramadan. Al-Baqarah 2:183 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن ق...

Pengajaran Dari Buat Haji

pengajaran dari buat haji. Kalau suatu itu sah benar dari perintah Allah maka akan dapat pahala buatnya ikut caranya, walaupun pusing2 tempat sama seperti tawaf, atau pi mai pi mai macam sai, atau dok saja macam tak buat apa spt wukuf, atau jalan berkilometer hanya lontar batu. Itu semua yg jelas Allah suruh tentunya dapat pahala. Tapi buatlah takat yang tahu sah benarnya. Jangan tokok tambah. Bila kata pahala, maskudnya dunia akhirat, akan ada kemudahan lain Allah berikan di dunia dan akhirat Kalau haji itu penat jalan berbatu2 tapi hanya hari2 tertentu sahaja (5 hari). Dan Allah hanya tuntut sekali sepanjang hayat. sebab tu ayat rabbana aatina fi dunia hasanah wafil aakhirati hasanah waqinaa azbanar.. adalah berkait dgn haji

Balancing Tayar Kenderaan

Balancing ialah mengimbangi tayar pada putaran paksinya. Atas banyak sebab, sebaran getah pada tayar tidak 100% sempurna. Jadi bila buat balacing dia tambah pemberat, dipaku pada bingkai(rim). Kemudian selepas beberapa lama, samaada pemberat itu terjatuh, atau getah tayar menjadi kecut, kehilangan minyak, haus dan sebagainya; tayar menjadi tidak seimbang semula. Menukar tayar belakang, depan; kiri kanan bersilang diperlukan bila tayar haus tidak sama antara kiri dan kanan, belakang dan depan. Ini berlaku kerana ke empat2 tayar akan mengalami haus yang berbeza kerana mereka tak lalu laluan yg sama 100%. Dan supaya apabila tayar menjadi haus secara berimbang supaya keempat2 tayar  oleh ditukar sekali gus. Dan kita tidak ada campuran tayar terlalu lama (haus sikit, keras) dan tayar baru (bunga tebal dan lembut). Tayar lama lebih keras kerana kandungan minyak padanya sudah kering menyebabkan cengkamannya pada bingkai tidak lagi anjal. Ini menyebabkan kebocoran angin ketika hentakkan p...

Al-Quran : Manusia Diciptakan Suka Mengeluh

Al-Ma'arij 70:19 إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Khuliqa (diciptakan) adalah kata kerja tanpa merujuk sesiapa. Walaupun pembaca tahu bahawa yg mencipta manusia ialah Allah tapi perkataan itu mengajak kita fokus kpd yang dicipta bukan pencipta. Halu'aa (keluh kesah) adalah satu sifat manusia yang kelihatan negatif kepada kebanyakan orang. Kalau kita fokus kpd pencipta maka, orang akan kata Allah buat perkara negatif, subhanallah, ini tidak patut. Tapi dgn fokus kepada manusia kita timbulkan salah satu sifat dari sifat2 manusia. Contoh manusia dijadikan lapar. Perlu makan. Lapar sebenarnya adalah satu perkara negatif yg kebanyakan orang tak anggap negatif sebab dia menanti perkara yg akan menyusul iaitu makan. Harapan pada makan memadamkan negatif tadi. Makan adalah nikmat. Demikianlah juga halu'aa, maka Allah jadikan perkara yg memadamkan sifat itu yg merupakan nikmat yg tersendiri apabila manusia melaksanakannya. Iaitu...