Posts

Showing posts from April, 2024

Zakat Fitrah

Image
Kadar fitrah, 1 gantang Baghdad (4 mud) semua setuju. 1 mud itu secekup guna dua belah tapak tangan. Tapi ada 3 pandangan berapa banyak 1 mud. Pandangan Imam Syafi'i, fuqaha hijaz 1 mud bersamaan 5/3 ratal baghdad. Yakni 1 gantang sama 2.57 liter atau 2176 gram. Pandangan Imam Abu Hanifah dan fuqaha Iraq 1 mud sama 2 ratal. Jadi 1 gantang 3800 gram. Pandangan lain yg mashur ialah 2751 gram. Itu ikut wahbah al-zuhaili al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Yang Malaysia pakai, 1 gantang Baghdad beras tempatan 2.6 kg. jika beras Vietnam 2.7kg. Ikut harga beras sekarang, kalau ikut harga belian RM4/kg maka ia jadi RM10.40 Kalau ikut harga resmi yg tercetak di bungkusan beras RM5/kg, jadi RM13 Yang kita bayar RM14. jika yang RM7 itu tak cukup. Beras tempatan dan import di Sg Ara harga sama saja. Harga beras tempatan sepatutnya RM2.60/kg. Timbangan wahbah zuhaili mungkin merujuk kepada gandum atau barli. Harga tepung gandum antara RM4.80 hingga RM5.20/kg Tepung gandum tak sama dengan biji gand...

Gandum Karbohidrat Glycemic Index Glycemic Load

Penemuan terbaru, bukan semua karbohidrat sama. Tapi maklumatnya bukan baru. Kajian tahun 1981 yang menguji GI untuk beberapa jenis makanan mendapati GI untuk sukrosa (gula biasa) nilai 59. Tapi gandum 69 dan "whole meal" gandum lengkap 72.. lebih teruk dari gandum prosess. Gandum lebih teruk dari gula tebu. https://isomaltulose.org/blood-sugar-management/glycemic-index/ Gambar atas ambil dari sini. Dikatakan penemuan terbaru, kerana maklumat ini tidak diberi perhatian. Samada ada pihak yg sengaja menyembunyikan. Ada maklumat lain yg mengatakan gandum yg bermasalah itu jenis "GM". Tetapi ia banyak ditanam kerana hasilnya tinggi, hingga 10X dari jenis lama. Tengok dalam graf tu ada oatmeal. Tapi semua tu lebihkurang, sebab kalau nak perinci, beras pun banyak jenis, oat pun ada yg prosess dan ada yg belum. Ada beberapa perkara perlu faham. 1: GI glycemic index ialah ukuran kanji (tolak serat) dalam makanan tersebut. 2: GL glycemic load, GI x berat / 100. Contoh tembi...

Kad WISE

Yang ayah faham, tapi sebab tak gunakan, tak boleh sahkan. Kalau guna kad akaun dari Malaysia, guna luar negara, dia akan caj (komisyen) setiap kali guna kad untuk tukar matawang dan kadarnya berubah-ubah ikut kadar semasa. Kalau guna tunai, kadar tukaran dan komisyen dibuat ketika kita tukar matawang. Konsep yg dibuat oleh kad wise adalah mengambil kira perkara di atas. Entah macam mana dia guna akaun di negara yg kita pergi. Jadi kita perlu topup sekali, seolah-olah kita buat tukaran matawang, masuk dalam akaun tersebut. Caj tetap berlaku tetapi cara ini orang boleh kurangkan dari buat tukaran banyak kali. Dia boleh ambil untung dari duit yg tersimpan dalam akaun tersebut. Bila dibuka untuk antarabangsa, tentu ramai pengguna dan akaun tersebut sentiasa terisi. Dia daftar dengan bank negara atas nama wise payments sdn bhd. Untuk secara sah boleh rakyat malaysia menyimpan wang. https://www.bnm.gov.my/-/wise-payments-malaysia-sdn-bhd Contoh guna kad bank al-rajhi. yuran tahunan RM10. ...

Vitamin D dan Buah Pinggang

Vitamin D yg aktif ialah calcifediol dan calcitriol. Jika bukan kerana sejarah. Vitamin D tak akan dikira vitamin. Sebab dia boleh dihasilkan badan. Lebih sesuai dikategorikan sebagai hormon. Badan membuat vitamin D dari kolesterol bila terkena sinar lampau ungu UVB. Kalau orang kulit cerah cukup 2-30 minit cahaya matahari 2 kali seminggu. Kesan UVB berkurang bila orang kulit gelap. Vitamin D yg terhasil boleh terperangkap jika orang gemok banyak lemak. Jadi ia tidak dapat masuk kesaluran darah. Kaca, atau losion boleh menghalang sinar UVB, mesti terdedah secara langsung. Orang tua dikatakan kurang vitamin D kerana kesan UVB berkurang? Atau tak kena matahari? Atau kedua-duanya. Tapi zaman sekarang orang tak mahu melabur pada kajian vitamin D sebab, tak boleh buat duit.  Orang hanya rasa hanya cukup untuk tahu vitamin D untuk mengelak tulang reput. Tapi ada juga kajian tanpa cari untung, yang menemui pentingnya vitamin D untuk sistem pertahanan badan (tulang). Termasuk membuat anti...

Psikologi - Triggered Huraian

Ini mungkin istilah orang psikologi.  (Terjemahan melayu di bawah) What happens when you are triggered? A trigger may cause: sudden fear, panic, anger, or sadness. feelings of being overwhelmed, out of control, abandoned, or helpless. flashbacks, which could involve reliving a memory, reliving emotions, or reliving physical sensations. 30 Aug 2023 Jika terjemah melayu triggered bermakna tercetus trigger bermakna pencetus, atau mencetus. Apa yang berlaku apabila anda dicetuskan? Pencetus boleh menyebabkan: ketakutan, panik, kemarahan atau kesedihan secara tiba-tiba. perasaan terharu, tidak terkawal, ditinggalkan, atau tidak berdaya. kilas balik, yang mungkin melibatkan mengimbas kembali ingatan, menghidupkan semula emosi atau menghidupkan semula sensasi fizikal. 30 Ogos 2023 Mungkin lebih sesuai istilah melayu "kena cucuk". Banyak keadaan, satu perkara ada banyak sudut pandang. Bukanlah satu sudut itu lebih benar dari yang lain. Bagaimana bertindak bila tercucuk atau kena cucu...

Glukosa & Kolesterol

Kaitan gula (glukosa) dan kolesterol. Makanan yg mengandungi karbohidrat bila terhadam menjadi gula ringkas yg kebanyakkannya adalah glukosa. Kemudian glukosa diserap dari saluran pemakanan ke salur darah untuk diedarkan keseluruhan badan. Itu imbangan yang secukupnya, tidak kurang tidak lebih. Tetapi ada keanjalan dalam tabiat alam kadang-kadang terlebih atau terkurang. Fungsi utama glukosa dalam badan adalah memberi tenaga. Ia akan kehabisan, dengan terhasilnya air dan karbon dioksida. Air akan keluar dari badan sebagai peluh atau air kencing. Manakala karbon dioksida melalui hidung. Apa boleh berlaku jika terlebih? Al-A'raf 7:31 يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ  Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. Makan terlebih disekalikan de...

Pemasangan Pam Air Rumah

Ini bukan isu orang kaya atau miskin. Dulu kita kata cara fikir begini adalah fahaman sosialis. Kalau komunis dia tambah lagi bagi timbul permusuhan orang kaya dan miskin. Isunya ialah merawat perlu dari puncanya bukan pada tandanya. Bila tekanan air kurang, itu tandanya. Jadi memasang pam air terus ke paip bekalan air adalah merawat tanda. untuk mengatasi tekanan rendah. Ia bukan punca. Merawat tanda tidak membaiki keadaan. Ini adalah penyakit kronik, makin lama semakin teruk. Apa punca tekanan air rendah? Perlu dicari. Boleh jadi pelbagai sebab. Salah satu sebabnya ialah berlaku kebocoran, air keluar sebelum sampai ke rumah. Bila air paip dalam tanah keluar, ia bercampur tanah. Bila orang pasang pam sedut air, air bocor dalam tanah tadi akan disedut kembali. Maka orang akan dapat air bercampur tanah tempat kebocoran. Makin lama makin teruk kebocoran, makin banyak tanah boleh disedut. Apa akibatnya kepada pengguna? Pengguna dapat air tanah, nasib dialah kalau tanah itu ada macam-macam...

Skin Tag

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20464083/ "Skin tags" adalah yang ketumbuhan kecil pada kulit. Ini adalah salah satu kajian berkenaan perkara ini. Kaitan ketumbuhan pada kulit dan insulin kebal (insulin resistance). Dan ia nya boleh sembuh bila kekebalan insulin dipulihkan. Petikan dari rencana pub med. Sedikit penerangan, di bawah. Perincian baca rencana penuh. *However, skin manifestations of insulin resistance (e.g., acrochordons, acanthosis nigricans, androgenetic alopecia, acne, hirsutism) offer a reliable, straightforward, and real-time way to detect insulin resistance.* Yang dalam kurungan itu ialah masalah pada kulit yang dikaitkan dengan insulin kebal. Acrochordons - ini yang tumbuh pada kulit seperti "skin tag" Acanthosis nigricans - kulit jadi kehitaman macam baldu. androgenetic alopecia - Rambut luruh, jadi nipis, hampir botak. Lelaki atau perempuan terutamanya orang eropah. acne - jerawat batu hirsutism - penyakit orang perempuan, tumbuh bulu sikit-sik...