Posts

Showing posts from December, 2022

Supaya Kamu Bersyukur (Bahagian 2)

An-Nahl 16:78 - Sambung Tetapi ayat yang berakhir dengan قليلا ما تشكرون bererti sedikit saja kamu bersyukur, hanya ada 4. Kurniaan Allah yang berkaitan 4 ayat ini adalah, satu, Allah jadikan bumi ini sumber kehidupan. Manakala 3 yg lagi ialah pemberian pendengaran, penglihatan dan hati. Jika "ما" diterjemahkan sebagai "apa" maka ia menjadi "sedikitlah apa yang kamu bersyukur". Atau maksud lain, pemberian itu digunakan sedikit saja. Pemberian Allah amat banyak tidak mampu disyukuri sepenuhnya walaupun berpakat semua manusia dan jin. Manakala ada satu sahaja ayat dalam bentuk لا تشكرون "tidak bersyukur". Ini berkenaan hujan tidak masin. Bukan soal terkilan, sampai 3 ayat, tapi pendengaran, penglihatan dan hati adalah asas kepada semua. Al-quran pun perlu didengar, dilihat untuk baca, dan hati untuk memahami. Berkenaan manusia tak bersyukur. لا يشكرون ada lima ayat yang terang menyebutkan kebanyakkan manusia tak bersyukur dengan "فضل الله...

Supaya Kamu Bersyukur

Selain ayat an-nahl 16:78, ada 13 lagi ayat al-quran yang berakhir dengan "supaya kamu bersyukur". Di mana Allah beritahu kurniaan atau ciptaannya kepada manusia. Kebanyakkan ayat-ayat itu ada suruhan lain yang berkaitan dengan kurniaan Allah. Contohnya Allah menundukkan laut, mendatangkan angin, menjadikan pelbagai hidupan air laut masin atau tawar supaya manusia dapat belayar, mencari kurniaannya, dan supaya kamu bersyukur. Jadi Allah suruh juga cari kuniaan. Nikmat Allah lain yang tersebut "berkaitan" dengan supaya bersyukur ialah Allah turunkan al-quran sebagai petunjuk. Allah jinakkan unta. Allah memberi pertolongan pada perang badar, dan Allah suruh bertakwa supaya bersyukur. Allah mudahkan cara bersuci untuk solat. Allah beri cara kafarah sumpah. Ada yang disebut dalam konteks bani Israil, di mana Allah beri kemaafan, bangkit semula. Ada konteks zaman nabi seperti petang badar. Melihat dari 14 ayat ini kita nampak bahawa bersukur adalah berkait dengan pemberi...

Kenapa kebodohan hebat | Fadilat tak ternilai menjadi bodoh

https://youtu.be/aeIkWHXd8mc Falsafah, tajuknya "Kenapa kebodohan hebat| Fadilat tak ternilai menjadi bodoh". Walaupun isinya perkara yang ujud dalam masyarakat, tapi kita tak boleh faham secara harfiah, ini perkara falsafah. Dia kata "kelebihan kebodohan", ertinya nampak macam bodoh tetapi bukan benar-benar bodoh, dan bukan buat-buat bodoh. Mungkin isinya berat sebelah. Dia tak cerita yang negatif. Banyak perkara ada positif dan negatifnya. Antara yang diceritakan ialah: orang yang kelihatan tidak mengerti bila bertanya, akan dapat banyak penjelasan yang *dipermudahkan dan tepat* maka dia lebih mudah mengerti. Tapi jika orang yang pandai dia dapat penjelasan yang *dipendekkan dan umum*. Jadi malanglah orang yg buat-buat pandai. Dia petik tulisan ahli falsafah arthur schopenhauer. "Kerana satu tabiat manusia yang pelik, orang umumnya terlalu banyak memikirkan pandangan orang lain terhadapnya; walaupun sekilas pandang akan menunjukkan bahawa pandangan itu macam ...

Perkembangan minda dan jiwa manusia

Perkembangan minda dan jiwa manusia An-Nahl 16:78 وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur. Tidak tahu sesuatu, tapi Allah tidak terus beri "tahu", tapi beri pendengaran, penglihatan dan hati. Tiga perkara ini perlu untuk tahu. Tapi matlamat akhir bukan hanya "tahu" tapi untuk bersyukur. Tempoh hingga umur lima hingga tujuh tahun baru mumayiz, baru boleh beza kiri-kanan dan baik-buruk. Kemudian ambil masa lagi hingga umur lima belas tahun baru dikira mukallaf. Boleh pegang tanggung jawab. Baru boleh ditanya berkenaan bersyukur. Tiga perkara ini, mengambil masa belasan tahun sebelum boleh diambil tanggungan "bersyukur". Walaupun manusia sudah banyak tahu selepas mumayiz, di...