Nabi Muhammad Dalam Syahadah
Nabi Muhammad s.a.w dalam syahadah Tersebut namanya 4 kali dalam al-quran. Dalam rukun Islam tersebut namanya bersama syahadah. أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad utusan Allah. Kadang-kadang khatib jumaat sebut syahadah dalam bahasa arab, salah. Dia baca "annaa" kedua panjang, sepatutnya pendek. Dua kalimah, dua kesaksian. Bagaimana kita nak beri kesaksian jika tidak kenal? Mula-mula kita lihat dalam dua kalimah syahadah. Selepas Muhammad disebut rasullullah, tak ada alif lam sebelum rasul. Ertinya, beliau bukan satu-satunya rasul. Beza dengan Allah, satu-satunya tuhan. Dua kalimah, dua kesaksian yang berbeza. Kesaksian bahawa beliau adalah rasul, utusan Allah. Bukan semata-mata seorang individu. Ali-Imran 3:144 وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ...