Posts

Showing posts from June, 2024

Pemilihan UPS

Nak beli UPS kena kira kegunaan. Sebab saiz dia ada dari yg murah hingga ratus ribu. Kalau nak guna untuk peti sejuk. Katalah peti sejuk 160W. Jadi inverter dalam UPS mesti wattnya lebih besar katalah 300W. Kemudian kena anggarkan berapa lama bekalan letrik terputus. Katalah 30minit sehari. Maka ketahanan batteri dalam ups perlu dijamin selama 30 minit untuk peti sejuk. Yakni 160W x 30minit = 80Wh. Kalau bateri itu 12V maknanya,  80/12 = 6.67Ah. Jadi bateri mesti lebih dari 6.67Ah. Kalaulah keupayaan inverter itu 90% kena tambah lagi 10%. Jika bateri kereta digunakan 120AH maka ikut kiraan tadi. Ia ada keupayaan 120/6.67 = 18 kali ganda yakni 9 jam letrik terputus. Itu jika keupayaan inverter UPS 100%. Jadi kira-kira boleh tahan 8 - 9 jam terputus. Tetapi kena juga lihat baki masanya 24-9 = 15 Jam itu cukup kah untuk cas penuh semula bateri. Itu jika 9 jam sehari. Tapi untuk 30 minit tak ada masalah. Setengah UPS boleh tambah bateri. Komponen penting dalam UPS. 1 inverter, menukar ...

UPS vs Powerbank

UPS (Uninterrupted Power Supply) tu banyak gred, bila kuasa utama (letrik) putus, berapa minit boleh tahan bergantung sebanyak mana bateri yang digunakan. Ia boleh memberi kuasa berterusan.  Jika powerbank, pengecasnya kecil, dan tak cukup kuasa untuk guna berterusan. Dan perlu dicas semula bila tenaganya habis. Dan masa itu tidak ada kuasa. Terputus kuasa. Kalau orang guna UPS, dia perlu kira berapa lama kuasa terputus, dan berapa lama baterinya bertahan. Tak perlu  pasang semula plug atau usik suis. Jika guna powerbank besar pun, pengecasnya kecil. Bergantung kepada jenis, powerbank tak boleh beroperasi berterusan tanpa dicas semula tanpa beban. Kalau power bank itu 300W. Pengecasnya bukan 300W. Jadi mesti kehabisan kuasa. Bila habis, mesti tutup bebanan, biarkan ia cas hingga penuh, baru sambung semula bebanan. Mesti ada orang jaga, tutup dan buka suis. Dan kerana ia tidak direka untuk guna serentak dengan cas, perlu buat ujian apakah model itu boleh digunakan serentak. Jik...