Posts

Showing posts from November, 2020

Tuhan. Rabb. Adakah Diperlukan?

Ya rabb. Adakah tuhan diperlukan? Ramai manusia hidup sehari-hari tidak endahkan tuhan. Untuknya ada tuhan atau tidak, adalah sama sahaja. Mereka melihat orang kafir pun boleh hidup senang lenang.  Kalau dia berfalsafah, jadi atheis. Tetapi anda sebagai orang Islam apa peranan tuhan dalam hidup anda? Ada yang tak mahu fikir pun berkenaan perkara ini. Untuk sesiapa yang mahu berfikir boleh terus baca. Untuk mudah berfikir tentang tuhan ialah dengan menggunakan ayat-ayat dari tuhan. Ini cara matematik, membuat anggaran berturut-turut (successive approximation). Mula dengan andaian, harapnya di akhir dapat keyakinan. Perhatikan perkataan rabb dalam ketiga-tiga ayat berikut: Al-Fatihah 1:2 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam Yusuf 12:42 وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُۥ نَاجٍ مِّنْهُمَا ٱذْكُرْنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَىٰهُ ٱلشَّيْطَٰنُ ذِكْرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ  Dan dia (Yusuf) berkata kepada orang yang d...

Mengeluar / Membebaskan Manusia

Mengeluar/membebaskan manusia An-Nahl 16:78 وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur. Manusia bergantung kepada ibunya 100% makan minumnya, selepas kelahiran kebergantungan itu berkurang setakat hisap susu ibunya. Seterusnya dia mula makan sendiri. Proses-proses tersebut berlaku dalam jangka masa tertentu secara beransur-ansur. Ada kalanya jadi mendadak. Kemudian ibubapa menjadi penjaganya, bergantung keperluan kejiwaan yakni emosi, pengentahuan. Ini pun sampai waktu tertentu, akan terbebas kebergantungan. Maka manusia dikandung pula oleh dunia dan masyarakatnya yang mana ia perlulah belajar bergantung dengan Allah. Hinggalah dunia melahirkannya ke alam barzakh. Bebaslah manusia dari semuanya kecua...