Dengar dan Fikirkan
Al-Mulk 67:10, 11 وَقَالُوا۟ لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ Dan mereka berkata, “Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” Bagaimana mereka boleh kata begitu? Mungkin mereka sudah melihat. Jika orang tidak tahu menahu (tidak pernah mendengar dan lihat), tentunya dia boleh buat alasan: tidak tahu menahu, tidak diberitahu. Tetapi "mendengar" di sini bukan bermaksud harfiah, tetapi bermaksud memerhati dan bertindak menerima yang benar, kerana, selepas itu disertakan "atau memikirkan". Yang mereka katakan itu adalah langkah permulaan ke arah petunjuk. Bukanlah bermakna mereka itu tuli atau tidak pernah berfikir apa-apapun. Tapi langkah permulaan ini pun tak buat. فَٱعْتَرَفُوا۟ بِذَنۢبِهِمْ فَسُحْقًا لِّأَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah (dari rahmat Allah) bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu. Ta...