Penyakit Fizikal atau Jiwa atau Kerohanian?
Apa patut tahu tentang penyakit? Penyakit yang menimpa manusia banyak, sama ada secara fizikal, jiwa atau kerohanian. Dari yang fizikal itu, ada yang disebabkan kuman atau bahan kimia. Dunia moden ini kita sudah diperkenalkan satu makhluk yang sudah terlalu seni antara kuman dan bahan kimia, iaitu virus. Dari sudut penjagaan, kita boleh bahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, dari luar, sebelum terkena penyakit seperti jaga pakaian, dan kebersihan. Kedua, bila terkena jangkitan, ambil ubat, untuk melawan kuman Ketiga, penyembuhan untuk memulihkan badan yang rosak diserang kuman. Badan perlu dibersihkan dari sisa kerosakan atau bahan beracun yang terhasil darinya dan juga menganti sel-sel yang rosak. Untuk kesemua fasa perlu menjaga makan minum ikut keperluan, bukan ikut perasaan. Perasaan boleh jadi tidak betul kerana penyakit. Menjaga waktu rehat dan aktif. Manakala anda perlu tambahan zat tertentu untuk membantu penyembuhan atau pemulihan. Dalam sunnah, kita boleh jumpa lebih dari ...