Kaitan COVID 19 / Wuhan Virus dengan Kebersihan
Pujian untuk Allah yg menjadikan iman dan keamanan untuk orang yg beriman. Mengenali penyakit bawaan virus kovid. Virus ini juga disebut sars-cov-2, berdasarkan gejalanya iaitu kesan teruk pada sistem pernafasan. Sejak dari timbulnya, kita dapati negara pertama wabak ini, tidak membenarkan disiasat puncanya. Mereka juga berdalih dan kelihatan menyembunyikan sesuatu daripada pihak yang ingin mencari. Jalan masuk. Virus yg seni ini boleh terapung dalam udara. Ia tersedut melalui hidung. Untuk menyekatnya topeng digunakan. Tapi dalam keadaan tertentu orang tidak memakai topeng. Kemudian, ia masuk dalam rongga hidung. Rongga hidung juga berfungsi sebagai penapis. Bermula dari bulu hidung yg kasar hinggalah lapisan basah yang nipis yang sebenarnya seperti bulu hidung juga tetapi terlalu halus hinggakan ia boleh memerangkap molekul air. Apabila ia berair maka ia juga memerangkap benda-benda seni lainnya seperti debu, kuman dan virus. Dari sudut anatomi, rongga hidung ini, secara terus akan m...