Posts

Showing posts from February, 2021

Siapa Tuhan Kamu

Siapa tuhan kamu? من ربك Salah satu soalan kepada ahli kubur. Soalan yang diketahui dari hadis nabi. Tak ada orang mati yang hidup balik yg dapat beritahu pengalamannya. Akan tetapi menjawabnya bergantung kepada keadaan hidup seseorang. Cuba kita lihat beberapa keadaan dalam kehidupan. Apa jawapan anda, ketika sedang menulis, pen anda dilarikan, kemudian seorang datang tanya, siapa tuhan kamu? Apakah anda ada angin untuk menjawabnya, atau anda lebih dahulu mahu bertanya tentang pen yg diambil tadi? Mungkin menimbulkan rasa marah. Kemahuan untuk menjawab banyak bergantung dengan keadaan semasa anda dan keadaan orang yang bertanya. Dalam suasana kelas pembelajaran, guru lebih bersedia menjawab pertanyaan murid. Dalam keadaan dramatik, traumatik, tragik tidak dapat dijangka. Contoh lebih teruk ialah jika anda sedang memandu, tiba-tiba ditahan, kemudian anda disuruh keluar dan kereta anda dilarikan. Anda ditinggalkan, orang disekeliling tak buat apa-apa untuk menolong. Beberapa ketika anda...

Benih Genetically Modified (GMO)

https://youtu.be/ljthwaFUW1k Disebabkan mengejar keuntungan, pengeluar mahu hasil yang tahan lama dan kelihatan cantik, mereka dapati hasil yang tidak matang, tidak cukup zat. Pengguna sejagat mendapat hasil yang kurang pelbagaian (bio diversity) menyebabkan manusia sejagat jadi kurang kepelbagaian. Dan mereka boleh dijangkiti penyakit yang sama secara global. Mereka juga terjebak perkara tidak adil dalam mendapat keuntungan. Boleh tengok video beza seperti langit dan bumi harga syarikat induk jual, dengan harga mereka bayar kepada petani. Ada NGO persatuan kokopelli yang bertindak menjual biji-bijian yang perbagai tanaman pertanian untuk menjaga kelpelbagaian (bio diversity). Mereka dari Perancis tapi kadangkala mereka kena saman sebab EU ada senarai terhad yang boleh dijual. Mereka jual online keseluruh dunia.

Sempadan Mental

Image
"Kereta biru ada 3 buah". ......... Eh, kenapa nampak biru saja? Putih? Ini "sempadan mental". Tanpa sedar atau sebaliknya, ia tidak disebut. Biasa berlaku dalam pertuturan. Kadang-kadang boleh jumpa al-quran pun begitu. Jadi orang yg memerhati perlu perhatikan bagaimana orang yg beritahu maksudkan, tidak terus buat kesimpulan. Kerana "perkiraan" orang yg bercakap tidak sama dengan orang yg mendengar. Umpamanya Allah sebut kiamat itu dekat.  Al-Ahzab 33:63 يَسْـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا  Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari Kiamat. Katakanlah, “Ilmu tentang hari Kiamat itu hanya di sisi Allah.” Dan tahukah engkau, boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat waktunya.