Posts

Showing posts from August, 2020

Syaitan Manusia

Syaitan manusia Al-Baqarah 2:14 وَإِذَا لَقُوا۟ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمْ قَالُوٓا۟ إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُونَ  Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, “Kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka berkata, “Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.” Dalam ayat ini, banyak tafsiran tentang syaitan ialah ketua atau pemimpin mereka. Seakan-akan Tuhan pun perli kejahatan mereka. Tetapi jika lihat sejarah komunis ini bukanlah perli tetapi itulah sebenarnya. Mereka tidak berkawan, tetapi rakan-rakan mereka hanya tunggu saat dan ketika sahaja. Memang syaitan pun, syaitan manusia. https://youtu.be/3r9vVB15QNk

Tiada Keraguan Pada Al Quran

Tidak ada keraguan pada Al-Qur'an الٓمٓ  ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  Alif Lam Mim Kitab (Al-Qur'an) "ini" tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,.   -Al-Baqarah 2:1-2 Alif lam mim.  Al-Qur'an ialah kalam (kata-kata) Allah. Berbanding dengan pertuturan manusia, manusia juga ada menggunakan huruf-huruf seperti "O". Oo, begitu! Atau "M" disebut dengan lebih panjang. MMM, nanti saya fikir. Atau kadang-kadang mengunakan bunyi yang bukan huruf seperti "ehem" atau batuk-batuk. Semua ini berlaku dalam pertuturan tetapi tidak dianggap sebagai sesuatu yang tertulis. (maktub, kitab). Dan tidak dikira dalam nahu. Dalam pertuturan manusia, bunyi-bunyi seperti ini kadangkala membayangkan ada keraguan, tidak yakin pembicara. Tetapi pada kalam Allah, ia dinafikan "tiada keraguan padanya". Hingga boleh terasa bacaan alif-laam-miim yang disebut satu persatu dengan jelas dan panjang, mel...